Tak cukup sebiji, telur masak berlada buat makan bertambah! Mudah jer buat padu rasanya

MASAKAN telur antara lauk yang mudah untuk disediakan meskipun anda baru sahaja ingin berjinak dalam dunia masakan.

Pelbagai cara boleh dimasak menggunakan telur, salah satu darinya telur masak berlada.

Jika anda tercari-cari mencari menu mudah, cepat disediakan, cubalah resipi ini.

Telur digoreng sebiji-sebiji kemudian diletak dalam sambal yang cukup padu rasanya. Fuh! Memamng akan buat anda makan bertambah.

Telur masak berlada bukan sahaja ringkas tapi tetap enak untuk dimakan.

Lauk yang nampak biasa-biasa jer tapi kalau hidang dengan nasi panas-panas, memang tak cukup sebiji. Waduh… pasti sedap. Jom cuba!

Bahan-bahannya;

  • Telur
  • 4 biji bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • Sedikit halia dikisar
  • 5 cili besar merah dikisar
  • 15 biji cili padi dikisar
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Daun sup
  • Garam, gula dan serbuk perasa

Cara membuatnya;

1. Sediakan telur yang digoreng mata. Ketepikan. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar. Tumis hingga mendidih.

Iklan

2. Masukkan daun limau purut, serai dan sos cili serta sos tiram. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Tunggu sekejap kemudian masukkan daun sup.

3. Akhir sekali masukkan telur mata yang digoreng tadi. Balik-balikkan dalam sambal berlada itu. Siap!

Selamat mencuba!

Iklan

Sumber: Pak Wan via FB Resepi Pembuka Selera

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!