3 jenis sahabat ini perlu kita miliki… Ikuti panduan yang digariskan agama ini

KEBANYAKAN daripada kita mempunyai ramai kawan. Tidak kiralah rakan sekelas, teman sekuliah, kawan sepejabat, jiran, kawan masjid, sahabat baik dan sebagainya.

Pastinya setiap rakan itu masing-masing mempunyai ragam dan kerenah tersendiri. Barangkali dalam ramai-ramai kawan yang kita miliki, mungkin hanya seorang dua yang betul-betul ‘ngam’ dengan kita.

Ya, semua orang pasti mempunyai rakan baik. Kita selesa dengan sikapnya, bercerita dengannya, berkongsi masalah dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Paling penting, sahabat itu sentiasa ada sama ada dalam keadaan kita susah atau senang.

Demikianlah pengertian klise kita tentang sahabat baik.

Ketahuilah, Islam memberikan kita panduan dalam mencari sahabat yang baik.

Pendakwah Ustaz Elyas Ismail berkata, ada tiga jenis sahabat yang perlu kita miliki di dunia yang bersifat sementara ini iaitu:

1. Sahabat yang suka menasihati kita

Seorang sahabat yang baik, mereka selalunya berpegang kepada prinsip saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Justeru, ketika sahabat seperti ini menasihati kita, dengarlah tegurannya dengan penuh sabar. Jangan pula kita bersikap ego dan sombong dengan mereka.

2. Sahabat yang mendoakan

Ketahuilah, seorang sahabat yang baik akan mendoakan kita dan kita juga melakukan perkara yang sama. Doa yang mereka panjatkan tanpa diketahui oleh rakannya, mustajab di sisi ALLAH SWT.

Rasulullah SAW bersabda: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab…” (Riwayat Muslim)

3. Elakkan diri daripada berdebat

Amat sukar untuk kita mencari sahabat yang bersifat sebegini. Dirinya sanggup mengelakkan diri daripada hal-hal yang boleh membawa kepada perdebatan hingga menjejaskan hubungan persahabatan.

Semuanya dilakukan demi menjaga silaturahim, ukhuwah, persaudaraan dan kelangsungan persahabatan.

Melihat tiga jenis sahabat tadi, Ustaz Elyas berpesan agar kita carilah sahabat yang baik sebagaimana disebutkan itu.

“Carilah seramai mungkin sahabat-sahabat sebegini. Jika sudah ada sahabat yang tergolong dalam tiga jenis ini, jagalah mereka baik-baik.

“Jom sama-sama kita bantu rakan-rakan kita di dunia hingga ke akhirat nanti,” saran beliau sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di Instagram jentikhati.tv baru-baru ini.

Justeru, jagalah silaturahim dengan sahabat-sahabat kita. Jadilah sahabat yang menyenang hati dan memudahkan urusan orang lain.

Sumber: Instagram jentihati.tv

Foto: Freepik

Share
Nurulfatiha

Biodata Penulis

Published by
Nurulfatiha

Recent Posts

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

10 hours ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

13 hours ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

14 hours ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

17 hours ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

19 hours ago

Glamping pod kelapa di tengah laut, ini antara tarikan percutian rare di Langkawi

JIKA sebut jer tentang Langkawi, pasti ramai membayangkan daerah kepulauan tersebut antara tempat percutian yang…

20 hours ago