SEBENARNYA nak dapat pahala tidaklah sesukar mana. Apatah lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini, segala amal kebaikan yang kita lakukan akan dilipatgandakan pahalanya.

Secara fitrahnya juga, manusia memang sukakan kebaikan. Cuma, diri kita sendiri yang mencorakkan kebaikan apa yang ingin dilakukan.

Namun begitu, kita ini hanyalah manusia biasa. Tiada siapa yang sempurna. Ada masanya dalam sedar atau tidak, pasti ada kekhilafan di mana-mana.

Di sini, Sinarplus nak kongsikan amalan mudah yang boleh menambahkan pahala kita sepanjang Ramadan. Apakah pula perbuatan yang boleh mengurangkan ganjaran pahala puasa kita?

Jom kita tengok jawapan daripada pendakwah, Ustaz Mustafar Mohd Suki ini.

USTAZ MUSTAFAR

“Apabila disebutkan amalan soleh atau ibadah, sudah tentu ia merangkumi apa-apa sahaja perintah ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW yang disyariatkan kepada kita.

Amalan-amalan soleh pada bulan Ramadan secara umumnya adalah sama seperti bulan-bulan lain. Membaca dan mentadabbur al-Quran, memperbanyakkan solat sunat, bersedekah, melewatkan sahur, segera berbuka puasa, doa dan zikir serta selainnya.

Adapun amalan yang mengurangkan pahala adalah tidak melakukan perkara-perkara di atas.

Iklan

Tidak menjaga lidah dan tangan daripada perbuatan keji, melakukan perkara yang membangkitkan syahwat dan selainnya juga mengurangkan pahala.

Oleh itu, berusahalah untuk mendapatkan pahala penuh berpuasa. Gandakan ia dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat,” jelas beliau.

Iklan

Mudah untuk meraih pahala, bukan? Hanya lakukan amal soleh mengikut apa yang diperintahkan oleh ALLAH SWT dan disyariatkan oleh nabi kita, Nabi Muhammad SAW.

Tapi janganlah pula kita hanya rajin lakukan amal soleh dalam bulan Ramadan saja, hinggakan mengabaikannya bila tiba bulan-bulan lain pula.