Apa itu sihir pengasih dan tanda-tandanya?

Apa itu sihir pengasih dan tanda-tandanya?
December 28, 2020
Oleh Meen

PERBUATAN menggunakan sihir dalam kalangan masyarakat hari ini masih lagi berlaku walaupun kita kini hidup dalam dunia serba moden.

Sihir bertujuan agar individu yang disihir mengasihi seseorang sama ada tukang sihir sendiri atau orang yang mengupahnya. Dalam kalangan masyarakat Melayu ia juga popular dipanggil ilmu guna-guna.

Seorang isteri atau suami yang terdesak sanggup mengambil langkah mudah dengan berjumpa bomoh bagi memastikan pasangannya sentiasa mengasihinya antara satu sama lain.

Walaupun pada zahirnya tujuan ikhtiar tersebut kelihatan baik tetapi ia tetap termasuk dalam sihir kerana kaedah fiqah yang memberi maksud "Matlamat tidak menghalalkan sesuatu cara melainkan dengan dalil"

Mengeratkan hubungan suami isteri merupakan tujuan yang baik. Namun begitu tujuan tersebut tidak menghalalkan ikhtiar melalui sihir.

Memetik satu penulisan yang ditulis oleh Pengarah Urusan Ikhtiar Sdn Bhd, Ustaz Abdul Hadi Jusoh melalui laman Facebook, pelbagai kaedah digunakan pakai oleh tukang sihir dalam menjayakan sihir seumpama ini.

Antaranya dengan menggunakan bahan-bahan tertentu seperti minyak yang dikenali sebagai minyak cenduai, minyak senyonyong, minyak dagu orang yang mati dibunuh dan minyak dagu perempuan mati beranak sulung.

Apa itu sihir pengasih dan tanda-tandanya?

Selain dicalit pada orang yang disihir ia juga diletakkan di tempat-tempat laluannya.

Ada yang menggunakan pakaian pasangan yang hendak disihir untuk dijampi. Ada yang menggunakan bahan-bahan tertentu yang telah dijampi dan dimasukkan dalam makanan mahu pun minuman.

Tambah Ustaz Abdul hadi lagi, ada juga yang menggunakan kaedah simpulan, patung atau gambar yang dipuja agar mangsa menjadi tidak keruan dan tergila-gilakan orang yang menyihirnya.

Iklan

Apa itu sihir pengasih dan tanda-tandanya?Orang yang disihir akan menjadi 'obsess' kepada yang menyihirnya sehingga boleh membawa kepada keinginan untuk bertemu dan melakukan perbuatan yang terkutuk.

Jin yang menjadi pengantara sihir akan dipanggil melalui jampi mantera yang dibaca oleh tukang sihir dan akan menjelma dalam mimpi mangsa melalui rupa bentuk lelaki yang memujanya.

Dia muncul dengan wajah yang mengasyikkan sehingga mangsa menjadi asyik dan ghairah.

Mangsa akan terus teringatkan wajah lelaki berkenaan ketika sedar secara terus menerus. Jin tidak akan merasuk otak mangsa menyebabkan ia tidak berupaya untuk berfikir dengan waras dan lupa segala-galanya.

Sekiranya mangsa seorang isteri orang, dia akan berubah sikap terhadap suami dan anak-anak. Sekiranya dia seorang anak dara, dia tidak akan mempedulikan nasihat ibu bapanya.

Iklan

Apa itu sihir pengasih dan tanda-tandanya?

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Sayidatina Safiyyah RA yang memberi maksud, "Sesungguhnya jampi mantera (yang bukan Islam) dan tangkal-tangkal serta ilmu pengasih adalah syirik."

Tanda-tanda seseorang yang terkena sihir pengasih adalah seperti perubahan sikap yang amat drastik, contohnya daripada tidak suka menjadi suka secara tiba-tiba.

Begitu juga timbul perasaan sayang, cinta dan rindu yang tidak tertahan-tahan sehingga mengganggu emosi.

Apa yang lebih dikhuatiri ialah lahir keinginan seksual yang meluap-luap seolah-olah tidak dapat dikawal sehingga sanggup berbuat apa sahaja demi orang yang dicintai walaupun perkara tersebut bertentangan dengan adat dan hukum syarak.

Menurut Imam Nawawi, ilmu sihir bukanlah satu ilmu yang boleh mendinding diri daripada kebinasaan, tetapi ilmu itu sebenarnya boleh merosakkan akidah umat Islam sehingga membawa kepada syirik dan murtad.

Sebagai umat Islam, beramal dengan cara Islam jauh lebih baik untuk memelihara kesihatan atau pendinding diri.

Caranya, beramal dengan ayat al-Quran, doa rukyah yang diajar Baginda Nabi SAW, menjaga pemakanan yang sihat, beramal dengan zikir yang warid. Cari penawar atau penyakit mesti ikut hukum syarak!

Semoga bermanfaat!

About Meen

Biodata Penulis