HEADLINES

Berkat hafal 30 juzuk al-Quran, calon SPM ini dapat 8A

Berkat hafal 30 juzuk al-Quran, calon SPM ini dapat 8A

March 5, 2020
Oleh Nurulfatiha

SUKAR untuk diungkapkan perasaan gembira, terharu dan bersyukur. Semuanya bercampur baur tatkala melihat slip keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada hari ini.

Lebih manis lagi, kejayaan itu dicapai selepas anak muda ini berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran sebelum tamat persekolahan.

Iklan

Detik indah itu dikongsikan oleh bekas pelajar Sekolah Tinggi Islam As-Sofa di Rembau, Negeri Sembilan, Khairul Bazli Sazali yang mendapat 8A dalam peperiksaan SPM.

Ternyata percaturannya untuk lebih memfokuskan hafalan al-Quran sebelum tamat sesi persekolahan tempoh hari adalah langkah yang tepat sehingga pemuda berusia 17 tahun itu memperoleh keputusan akademik cemerlang.

“Melihat kepada pencapaian dalam peperiksaan sebelum ini, sejujurnya, saya sangat terkejut menerima keputusan hari ini kerana tidak meletakkan harapan tinggi untuk memperoleh semua A, terutama mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Iklan

“Apatah lagi ketika itu juga, saya menyimpan azam untuk menghabiskan hafalan al-Quran sebelum tamat sekolah, selain menumpukan kepada mata pelajaran akademik,” katanya seperti yang dipetik dalam kenyataan media Yayasan Sofa pada hari ini.

Hafal al-Quran
Khairul Bazli (tengah) menerima kucupan daripada ibu dan bapanya selepas menerima keputusan SPM di sekolah Tinggi Islam As-Sofa di Rembau pada hari ini.

Akui Khairul Bazli, rutin harian padat yang dilaluinya sebelum ini begitu padat.

Iklan

“Saya akan bangun awal pagi untuk menghafal al-Quran, manakala di sekolah dan waktu siang saya akan memberi tumpuan kepada mata pelajaran akademik,” ujar beliau.

Namun, berkat menghafal al-Quran membuatkan mata pelajaran peperiksaan SPM yang diambil Khairul Bazli terasa lebih mudah.

“Kejayaan ini juga hasil sokongan daripada ibu bapa dan guru-guru. Benarlah kata mereka kelebihan membaca dan menghafal al-Quran ini umpama cahaya ilmu, yang akan mempermudahkan kita dalam urusan menuntut ilmu.

“Alhamdulillah, saya dapat buktikan bahawa tiada yang mustahil untuk berjaya apatah lagi dengan mempelajari al-Quran dan pendidikan agama,” katanya.

Iklan

About Nurulfatiha

Biodata Penulis
Iklan