Bila orang bukan Islam beri salam, apa harus kita jawab…

LAZIMNYA apabila kita bertandang ke rumah orang, lafaz salam akan diberikan.

Begitu juga apabila terserempak dengan saudara seagama kita di mana-mana, pasti ucapan mulia itu menjadi pembuka saapan.

Ya, itu memang adab ketika berkunjung ke kediaman orang. Malah, kita memang dianjurkan untuk mengucapkan Assalamualaikum kerana ia merupakan antara sunah Nabi Muhammad SAW.

Meskipun ucapannya begitu singkat yang membawa maksud selamat sejahtera ke atas kamu semua, tetapi menjawab salam adalah wajib. Ia merupakan salah satu hak seorang Muslim sesama Muslim yang lainnya.

Iklan
Iklan

Namun begitu, kadangkala apabila bertembung dengan kenalan bukan Islam, terpacul ucapan salam dari bibir mereka. Barangkali mereka sudah terbiasa terdengar atau memang tahu amalan orang Islam itu.

Persoalannya, bolehkah kita menjawab salam tadi? Bimbang pula andai kenalan tadi berkecil hati jika tidak dibalas.

Dalam hal ini, sebenarnya, harus bagi kita untuk menjawab salam daripada seseorang yang bukan Islam.

Ia berdasarkan ayat al-Quran yang menyebut: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya ALLAH sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Nisa’, ayat 86)

(Artikel berkaitan: Wajib jawab salam walaupun duduk dalam kumpulan)

Melihat kalamullah berkenaan, ia merupakan ayat yang umum.

Begitupun, frasa dalam ayat ‘apabila kamu diberi penghormatan’, ia tidak menyatakan ‘apabila orang Islam memberi penghormatan kepada kamu’.

Ini bermakna, frasa berkenaan tidak mengkhususkan kepada orang Islam sahaja memberi salam atau penghormatan.

Namun begitu, jawapan balas yang dianjurkan cukuplah dengan lafaz wa’alaikum (وعليكم) .

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila kamu diberi salam oleh ahli kitab jawablah ‘wa’alaikum’.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Meskipun kita boleh menjawab salam daripada orang bukan Islam tersebut, tetapi ia bukanlah bermakna kita boleh memberi salam sewenang-wenangnya kepada mereka.

 

MENJAWAB salam wajib ke atas umat Islam, namun jika orang bukan Islam yang memberikan salam kepada kita, harus menjawabnya dengan lafaz yang dianjurkan oleh Islam.

 

Ketahuilah, orang Islam tidak dibenarkan untuk memberi salam kepada mereka terlebih dahulu.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan memulakan salam kepada Yahudi dan Nasara jika kamu berjumpa salah seorang daripada mereka di jalan.” (Riwayat Muslim)

Bagi ucapan-ucapan lain pula, Imam al-Nawawi dalam al-Azkar berkata, tiada masalah jika kita mahu mengungkapkannya kepada orang bukan Islam sebagai menandakan penghormatan.

Umpamanya, ucapan selamat pagi, hari yang baik, moga Tuhan berikan kamu kebahagiaan pada hari ini dan lain-lain yang seumpama dengannya.

Bagaimana pula jika lafaz salam yang dilontarkan oleh orang bukan Muslim itu tidak jelas?

Jika begitulah keadaannya dan bimbang seandainya ia merupakan lafaz yang tidak baik seperti السام عليكم (assam ‘alaikum

bermaksud maut atas kamu) sebagaimana yang dilakukan oleh orang Yahudi kepada Rasulullah SAW dahulu, maka jawablah sekadar وعليكم (wa’alaikum bermakud atas kamu juga).

Justeru, tiada masalah untuk kita membalas ucapan salam daripada orang bukan Islam dengan lafaz yang dianjurkan tadi.

Sumber: Portal Soal Jawab Agama, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

Share
Nurulfatiha

Biodata Penulis

Published by
Nurulfatiha

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

27 mins ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

1 hour ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

2 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

4 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

6 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

8 hours ago