Boleh ke dahulukan puasa sunat enam Syawal daripada qada puasa Ramadan?

WALAUPUN bulan Ramadan telah pergi meninggalkan kita beberapa hari lalu, namun kita masih lagi boleh melakukan puasa sunat.

Kepada mereka yang berpeluang dapat berpuasa penuh pada bulan penuh barakah itu, tiada masalah untuk mereka menunaikan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal ini.

Begitupun, bagi mereka yang ada kekangan tertentu seperti sakit, datang bulan dan melahirkan anak, sudah tentu wajib bagi mereka qada puasa Ramadan yang ditinggalkan tempoh hari.

Iklan
Iklan

Meskipun ada pandangan ulama yang membolehkan puasa sunat enam dengan qada puasa Ramadan dihimpunkan sekali, ada juga orang yang lebih suka mengambil pendekatan untuk buat berasingan antara qada puasa dan puasa sunat tersebut.

Dalam kes ini, boleh ke kalau kita mendahulukan puasa sunat berbanding qada puasa tadi?

Jelas Pegawai Hal Ehwal Islam di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Muhammad Fahmi Rusli,

tiada masalah untuk kita mendahulukan puasa sunat dulu.

“Ada riwayat sebutkan yang Sayyidah Aisyah ganti puasa beliau pada bulan Syaaban yang berikutnya.

“Malah, qada puasa berada dalam kategori wajib muwassa’ (yang luas tempoh masanya),” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya baru-baru ini.

Mengulas lanjut tentang puasa sunat enam, ujar Ustaz Muhammad Fahmi, terdapat dua pendapat utama.

Pertama, puasa qada dan sunat perlu dipisahkan. Dalam hadis jelas menyebut: “Siapa puasa Ramadan, kemudian diikuti puasa enam hari Syawal, pahalanya seperti puasa sepanjang tahun.”

Perasan tak ayat: ‘Puasa Ramadan, kemudian diikuti 6 hari Syawal..’ 

Hakikatnya, ujar beliau, qada puasa itu termasuk dalam puasa Ramadan.

“Jadinya, kalau nak dapatkan ganjaran pahala penuh puasa setahun, kena qada dahulu, kemudian puasa sunat enam hari Syawal,” terang beliau.

Pandangan kedua pula, sebahagian ulama al-Syafi’eyyah berpendapat bahawa boleh sekalikan keduanya iaitu puasa qada dan puasa sunat enam Syawal, jelas Ustaz Muhammad Fahmi.

“Dalam erti kata lain, seseorang yang qada puasa Ramadan berjumlah enam hari atau lebih dalam buan Syawal, maka dia tetap mendapat fadilat puasa enam.

“Cuma ganjarannya tidaklah penuh seperti seseorang yang asingkan antara kedua-dua puasa berkenaan,” katanya.

Nak ganjaran penuh atau tidak, semuanya terpulang kepada diri kita.

Namun begitu, seandainya kita mampu menghabiskan qada puasa dulu, kemudian diikuti oleh puasa sunat lagi bagus.

Tapi jika tidak pun, kita masih boleh berpuasa sunat enam, barulah qada puasa sepertimana yang dilakukan oleh isteri Rasulullah SAW, Sayyidah Aisyah RA.

Kepada mereka yang sudah berpuasa sunat Syawal, selamat berpuasa. Semoga ALLAH memberikan rahmat dan keberkatan atas amalan yang dilakukan.

Sumber: @fahmirusliMFR

Share
Nurulfatiha

Biodata Penulis

Published by
Nurulfatiha

Recent Posts

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

16 hours ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

1 day ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

2 days ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

2 days ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

2 days ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

2 days ago