Bonceng motosikal bersama orang bukan mahram, elakkanlah walaupun individu itu tunang sendiri

Bonceng motosikal bersama bukan mahram
October 25, 2020
Oleh Nurulfatiha

MELIHAT seorang lelaki dan wanita menaiki motosikal bersama-sama bukanlah suatu perkara yang janggal.

Apatah lagi jika mereka merupakan pasangan suami isteri, anak dan bapa ataupun adik-beradik serta seumpamanya.

Iklan

Begitupun, ada juga segelintir orang berlainan jantina yang tidak punya apa-apa hubungan mahram tanpa segan-silu turut membonceng motosikal bersama.

“Alah, kami bukannya duduk rapat-rapat pun. Kami pun tak pegang-pegang. Semuanya berlapik.”

Demikian antara frasa yang sering terpacul dari bibir individu berkenaan apabila ditegur oleh orang sekeliling.

Iklan

Masakan tidak, perbuatan itu dilihat kurang manis bagi masyarakat kita yang begitu menjaga adab dan budaya ketimuran.

Namun, hakikatnya, Islam juga melarang kita menunggang motosikal yang sama dengan lelaki atau wanita yang bukan mahram.

Jelas pendakwah Ustaz Azhar Idrus, sekalipun kedua-dua pasangan berkenaan dalam jarak agak jauh, namun dari segi kebiasaannya, ia tetap ada sentuhan antara mereka.

Katanya, larangan itu bagi menutup pintu kerosakan yang mungkin akan timbul akibat daripada tindakan kita.

Beliau turut menukilkan pandangan tentang situasi berkenaan dalam kitab al-Mausu’atul Fiqhiyah.

Iklan

Bonceng motosikal bersama bukan mahram

Kitab tersebut menyebut: “Harus lelaki menunggang dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan apabila apabila tidak membawa kepada kerosakan atau membangkitkan syahwah kerana Nabi Muhammad SAW pernah menunggang bersama Al-Fadhlu bin ‘Abbas RA.

“Dan harus perempuan menunggang bersama suaminya dan lelaki dengan isterinya kerana Nabi Muhammad SAW pernah menunggang bersama isterinya, Sofiyah RA dan harus lelaki menunggang bersama perempuan yang ada hubungan mahram serta aman dari syahwah.

“Dan adapun perempuan menunggang bersama lelaki ajnabi dan lelaki bersama perempuan ajnabiah, maka iaitu dilarang kerana menutup pintu kerosakan dan memelihara dari syahwah yang diharamkan.”

(Artikel berkaitan: Dengan anak sendiri, ibu bapa tetap kena jaga aurat depan mereka…)

Berdasarkan ungkapan berkenaan, jelas Ustaz Azhar Idrus, wanita haram menunggang motosikal bersama lelaki yang bukan mahramnya.

“Sekalipun lelaki itu merupakan tunangnya, ia tetap dikira haram melainkan ketika darurah seperti menghantar seorang perempuan yang cedera ke tempat rawatan kerana tiada kenderaan yang lain atau seumpamanya,” katanya dipetik menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

Begitupun, bagi kanak-kanak perempuan pula, tegas Ustaz Idrus, tiada masalah seandainya mereka menunggang motosikal bersama kanak-kanak lelaki yang bukan mahramnya.

Justeru, berhati-hatilah dalam setiap tindak-tanduk kita. Jauhilah segala perkara yang diharamkan oleh ALLAH SWT.

Sumber: Instagram uiaoriginal

Foto: Freepik

Iklan

About Nurulfatiha

Biodata Penulis
Iklan