JIKA kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan’… Benar lazimnya apa yang kita fikirkan, itulah yang kita dapat.

Sebab itu selalu kita dengar pesan agar selalu fikirkan perkara yang baik-baik, buat yang baik-baik, InsyaAllah dapat semua sesuatu yang baik-baik.

Apa pun semua itu perlu di’set dan dipasak padu dalam minda… Mana tidaknya, kebiasaannya sebaliknya jika perkara negatif atau tidak elok yang kita fikirkan itu jua yang kita dapat.

Perkongsian seorang influencer mempunyai lebih 264k pengikut di Facebook ini barangkali boleh dijadikan panduan.

Posting positif beliau ini mendapat banyak perkongsian sejak semalam sehingga hari ini:

Artikel berkaitan: Jemput rezeki yang pasti datang dengan amalan ini

Cakap kepada diri sendiri 5 baris ayat ini setiap pagi selepas solat subuh:

1. ALLAH sentiasa bersama aku.

2. Aku selesaikan semua tugas aku hari ini tanpa tangguh sikit pun.

3. Aku wajib belajar 3 benda hari ini.

4. Aku sedekah hari ini.

5. Aku hadap ujian tanpa marah, tanpa gelisah dan resah. Semua itu akan aku hadap dengan baik, hemah dan tenang.

*****

Kawan-kawan,

Iklan

Kita yang putuskan apa yang kita nak fikir, nak buat, nak lakukan, nak cakap, nak pandang, nak apa sahaja.

Kita akan jumpa beribu benda negatif setiap hari. Ambil benda itu, sentaplah seminit dua, kemudian lalui dan ubah kepada peluang dan beri ruang untuk diri hadap proses tersebut.

Jadikan ia positif semula, jadikan ia sebagai “benda” atau “alasan” nak jadi lebih baik lagi dari hari ini.

Kita tentukan semuanya. Hati kita, jiwa kita, otak kita, tubuh kita semua kita yang kawal, bukan orang lain.

Iklan

Jadi wira kepada diri sendiri dahulu. Barulah kita jadi hero untuk keluarga dan masyarakat.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Pagi gais!

Kredit: FB Khairul Hakimin Muhammad