PENGUIN ialah burung yang berdiri tegak di atas kakinya yang pendek dan berjalan tergedek-gedek dengan gaya yang kekok dan menggelikan hati.

Penguin tidak boleh terbang tetapi pandai berenang. Ia tinggal di separuh bahagian di dunia selatan.

Beberapa jenis penguin termasuk penguin Adelie dan penguin Maharaja tinggal di atas ais Antartika.

Manakala lain-lain terdapat jauh di utara di kawasan yang menerima arus laut yang sejuk dari kawasan Antartika.

Semua penguin mempunyai bulu pendek dan tebal pada badannya yang pendek dan gempal.

Bulunya berwarna putih pada perut dan hitam atau hitam kebiru-biruan di belakang.

Baca juga Jumpa wang di tepi jalan, ambil atau biarkan. Ini penjelasan Dr Zulkifli

Sesetengah penguin mempunyai jambul daripada bulu panjang di sisi kepalanya dan tompok-tompok berwarna cerah pada lehernya yang pendek dan lebar.

Penguin hilang keupayaan untuk terbang berjuta-juta tahun dahulu.

Sayapnya bertukar menjadi sayap sirip berfungsi sebagai dayung dalam air. Sayap sirip serta kaki renang menjadikan penguin pandai berenang dan menyelam.

Bulu penguin yang pendek dan lebat menjadi bulu kalis air.

Tubuh dilapisi lemak tebal berupaya memanaskan penguin semasa dalam air sejuk.

Penguin

Penguin memakan ikan. Ia menghabiskan sebahagian besar hidupnya dalam air, tetapi bertelur dan membela anaknya di atas darat atau di ais.

Iklan

Semasa di darat, ia membuat sarang dalam koloni yang dikenali sebagai rookery. Sesuatu rookery mungkin mengandungi sehingga sejuta penguin.

Namun, persoalannya apakah daging burung penguin ini boleh dijadikan juadah untuk dimakan oleh umat Islam?

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan bahawa daging penguin halal untuk dimakan kerana haiwan itu termasuk dalam kategori burung air.

Selain itu, menurut beliau, ia juga tidak termasuk dalam kategori burung yang mempunyai kuku yang kuat hingga boleh melukakan sebagaimana yang dilarang oleh Nabi Muhammad SAW.

Baca juga Rasulullah SAW menyayangi umatnya sehingga di akhirat. Contohilah keperibadian baginda dengan sebarkan kasih sayang

Iklan

Hal ini adalah berdasarkan kepada riwayat daripada Ibn Abbas R Anhuma, yang bermaksud;

“Rasulullah SAW melarang daripada memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam.”

Beliau berkata, pada asasnya, ulama mazhab Syafie berpendapat semua jenis burung air adalah halal untuk dimakan kecuali burung bangau kerana terdapat perbezaan pendapat mengenainya seperti yang ditegaskan oleh Imam al-Rafi‘i.

Sumber: Maktabah al-Bakri