Formula tingkat ‘imuniti’ tangani Covid-19 menurut Islam, bagaimana caranya?

Tingkat 'imuniti' tangani Covid-19
April 3, 2020
Oleh Nurulfatiha

WABAK koronavirus (Covid-19) menyebabkan satu dunia ‘lumpuh’. Masakan tidak, ia memberikan impak yang bukan kepalang.

Bukan sahaja pakar perubatan, pemimpin dan pelbagai organisasi berusaha mencari solusi kepada pandemik berkenaan. Masyarakat juga memainkan peranan dengan mengambil langkah pencegahan.

Iklan

Berkongsi pandangan dari sudut agama untuk berdepan dengan wabak berkenaan, Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail, al-Quran seharusnya menjadi panduan kita untuk menghadapi segala perkara dalam kehidupan.

FAZRUL

ALLAH SWT berfirman: “… dan sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkankan).” (Surah al-Talaq, ayat 2)

Ujar beliau, ayat al-Quran itu mengajak manusia untuk membentuk kerangka fikir bahawa semua yang berlaku adalah dengan izin ALLAH. Yakinlah bahawa penyelesaiannya juga datang daripada-NYA YANG MAHA BERKUASA.

Iklan

“Berhentilah dengan persepsi melihat sesuatu masalah tiada jalan keluar, bersikap panik, murung atau seolah-olah dunia sudah kiamat. Ada orang berdoa, tetapi tidak mahu menggunakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman atau pergi ke negara berisiko disebabkan tiket murah. Itu bukanlah tanda orang yang bertakwa dan inginkan bantuan ALLAH.

“Sebaliknya, sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada ALLAH sebagai penyembuh dan mendapat jalan keluar dengan izin-NYA dalam kehidupan seharian. Apa jua usaha yang dilakukan, pasakkan kepada ALLAH,” katanya kepada Sinar Islam baru-baru ini.

Selain berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan apabila tidak sihat, Fazrul yang juga pentadabbur #QuranHour menambah, pada masa sama, masyarakat diingatkan agar menjaga kebersihan dalam mencegah wabak berkenaan.

Iklan

Di samping itu, katanya, tingkatkan imuniti badan. Imuniti dikaitkan dengan sumber fizikal, intelektual, emosi dan spiritual yang dinamakan sebagai takwa.

“Dalam al-Quran menyatakan, makanlah daripada sumber makanan yang halalan toyyiban iaitu makanan mengikut panduan ALLAH, bersih dan bagus untuk menguatkan tubuh badan. Ia penting dalam meningkatkan imuniti secara fizikal.

“Selain itu, imuniti dari segi intelektual, emosi dan spiritul penting diperkuatkan agar ia tidak membawa penyakit seterusnya iaitu kemurungan dan tertekan. Mereka yang dikuarantinkan dalam tempoh yang lama, tidak boleh bekerja dan tidak berjumpa orang, boleh mengalami sakit jiwa.

“Dari segi spiritual pula, kita perlu positif dan berdoa kepada ALLAH. Berzikir dapat menenangkan hati kita dalam menghadapi Covid-19,” katanya.

PENULIS: FOUZIAH AMIR

Iklan

About Nurulfatiha

Biodata Penulis
Iklan