Haram lelaki ikat rambut ketika solat?

Lelaki berambut panjang
March 27, 2020
Oleh Nurulfatiha

ZAMAN sekarang ini, bukan wanita sahaja sukakan rambut panjang. Lelaki pun sama juga tau. Nampak stailo katanya.

Ya, melihat lelaki bertambut panjang bukanlah situasi asing lagi pada hari ini. Yang penting, mereka pandai jaga kekemasan rambut masing-masing.

Apabila kita bercakap tentang hal rambut panjang ini, sebenarnya ada ke garis panduan tertentu contohnya berapa panjang rambut yang dibenarkan bagi seorang lelaki? Ketika solat, bolehkah rambut panjang tadi diikat atau dibiarkan lepas sahaja?

Iklan

Kepada yang tertanya-tanya tentang hal ini, ayuh kita sama-sama ikuti jawapan pendakwah dan penulis, Ustaz Mustafar Mohd Suki tentang hal ini.

Iklan

"Secara umumnya, terdapat hadis sahih seperti riwayat Abu Dawud yang menyatakan, ukuran panjang rambut Rasulullah SAW semasa hayatnya mempunyai tiga tahap iaitu; wafrah, rambut yang hampir menyentuh daun telinga; limmah, rambut yang menyentuh sehingga ke bawah telinga dan jummah, rambut yang sampai menyentuh bahu.

Adapun dalam perihal menyimpan rambut panjang bagi lelaki, para ulama berbeza pendapat. Ada yang menyatakan sunah dan ada yang menyatakan sekadar adat dan keperluan.

Bagi yang menyatakan sunat, maka mesti mengikut syaratnya seperti niat mengikuti sunah, tidak menyerupai wanita atau kaum Yahudi.

Terdapat larangan juga dalam hadis sahih Imam Muslim berkenaan larangan mengikat rambut ketika solat daripada kisah Ibnu Abbas yang melepaskan rambut seorang sahabat yang diikat ketika solat.

Imam al-Syaukani menyatakan, hukum ini (larangan mengikat rambut ketika solat) adalah khusus bagi lelaki. Para ulama berbeza pendapat pula berkenaan larangan itu sama ada haram ataupun makruh," jelas beliau.

Untuk mengelakkan diri daripada rasa waswas, apa kata lelaki berambut panjang lepaskan saja rambut masing-masing ketika solat ya.

Semoga jawapan ini memberi pencerahan kepada mereka yang masih 'kabur' dengan perkara ini.

About Nurulfatiha

Biodata Penulis