APABILA ada acara sambutan hari tertentu atau musim perayaan, tidak sah kalau tidak kedengaran bunyi mercun. Paling tidak pun, pasti ada bunga api berwarni-warni.
Bukan apa, tujuannya hanyalah hendak memeriahkan perayaan atau sambutan tersebut. Nampak ‘hidup’ suasana perayaan misalnya seperti sambutan Aidilfitri kali ini walaupun kita hanya beraya di dalam kediaman sendiri.
Begitupun, ada juga segelintir orang yang kurang senang dengan kehadiran bunyi mercun berdentum.
Ada pula yang menganggap perbuatan bermain mercun itu satu pembaziran kerana ia seolah-olah membakar duit sendiri.
Bagaimana pula pandangan Islam tentang perkara ini? Apakah hukumnya bermain mercun dan bunga api untuk menghangatkan suasana hari raya?
Iklan
Pendakwah, Isfadiah Mohd Dasuki berkata, melihat kepada tujuan orang bermain mercun, lazimnya ia adalah untuk menunjukkan ketibaan Syawal atau dengan kata lain bagi memeriahkan Hari Raya Aidilfitri.
Iklan
ISFADIAH
Beliau berpandangan, bermain mercun adalah tidak digalakkan kerana kesan kemudaratannya lebih banyak daripada manfaat yang bakal diperoleh.
“Perbuatan itu bukan sahaja membazir, tetapi juga boleh melukakan tangan kita, mengotorkan dan mengganggu jiran tetangga. Jelaslah betapa banyak keburukannya.
“Pandangan sama turut disuarakan oleh Pejabat Mufti Wilayah melalui artikel Bayan Linnas yang pernah disiarkan di laman web rasmi pejabat berkenaan bahawa hukumnya haram seandainya ia boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan keluarga,” katanya.
Justeru, beliau tidak menggalakkan kita bermain mercun pada Hari Raya Aidilfitri atas sebab-sebab dinyatakan tadi.
SEMALAM tular satu video di laman sosial TikTok yang memaparkan sosok tubuh seorang lelaki yang cuba masuk ke dalam kenderaan seorang wanita.
Video yang dimuat naik oleh @Emma Zack itu telah mendapat 2.1 juta tontonan dalam masa kurang daripada 24 jam.
@emmazack521 #fypシ ♬ Creepy, scary, horror, synth, tension...
BAGI yang mempunyai cahaya mata istimewa, sudah pasti banyak wang perlu dibelanjakan untuk membeli keperluan.
Tidak hanya keperluan, yuran untuk terapi dan pusat intervensi bagi anak-anak kurang upaya (OKU) juga perlu dilunasi.
Bagi yang tinggal di negeri Selangor, usah lepaskan peluang mendapatkan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) di...
SEORANG pemimpin yang disegani, presiden Indonesia ketujuh, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi sentiasa mendapat perhatian ramai.
Kesederhanaan pemimpin berusia 60 tahun itu menjadi bualan rakyat jelatanya. Sama-sama bersesak-sesak dengan orang ramai menaiki kereta api komuter, makan di restoran, membeli jajanan di kaki lima dan menaiki motosikal bersama...
DALAM usaha menyemarakkan pelancongan domestik seiring peralihan ke fasa endemik, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 dan lagu Cuti-Cuti Malaysia versi kedua.
Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 yang merupakan kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) adalah salah satu...
SETIAP individu mempunyai minat dan hobi yang berbeza. Ada yang menyukai aktiviti santai, malah tidak kurang yang menggemari kegiatan lasak.
Bagi golongan gemarkan aktiviti riadah yang ekstrem, mereka beranggapan kegiatan itu dapat memuaskan segala keinginan dan meningkatkan keyakinan diri.
Biarpun aktiviti rekreasi ini berisiko tinggi dan agak berbahaya, ia...
AKTRES dan pengarah, Ellie Suriaty Omar berkongsi penceraiannya dengan suami, pelakon Azri Iskandar dalam prosiding Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur.
Menurut portal Getaran, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 itu telah memfailkan permohonan cerai ke atas suaminya, Azri sebelum Ramadan yang lalu.
Ellie...
NAMPAKNYA pengumuman kerajaan membuka semua border dan pintu sempadan negara menyebabkan ramai yang berpusu untuk keluar negara ataupun datang ke negara kita Malaysia.
Disebabkan terlalu lama pintu sempadan ditutup dek kerana Covid-19, ramai antara kaki jalan mempunyai pasport yang sudah tamat tempoh.
Bagi yang ingin membuat pembaharuan pasport (PMA)...
SETELAH seminggu pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah, 29, selamat melahirkan cahaya mata lelaki, kini pasangan sama cantik sama padan itu mendedahkan wajah putera sulungnya.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman menerusi perkongsian di Intagram miliknya turut berkongsi nama permata hatinya iaitu Wan Khair Amir.
Jelas pemenang...
BARU-baru ini tular di laman sosial berkenaan tuntutan waris aristokrat Johor iaitu Datuk Bentara Luar, Datuk Muhamad Salleh bin Perang yang membabitkan jumlah bernilai lebih RM300 bilion.
Ia susulan terdapat beberapa aset tokoh berkenaan di beberapa daerah di Johor dan sehingga kini masih belum dipindah milik kepada waris...
BERITA baik buat pengguna Malayan Banking Berhad (Maybank), kini syarikat platform perbankan itu hadir dengan sebuah ciri baharu dinamakan sebagai ATM Cash-Out.
Melaluinya, Maybank membolehkan pengguna untuk mengeluarkan duit daripada mesin ATM tanpa menggunakan kad sebaliknya hanya mengimbas kod QR.
Sebelum ini Maybank turut pernah hadir dengan ciri mengeluarkan...
SENTIASA percaya pada diri, penyanyi dalam pelakon Izzue Islam mengakui terbuka untuk menyahut cabaran dan mencari kelainan dalam kerjaya seni.
Jika sebelum ini, nama anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu begitu sinonim dengan bidang nyanyian dan lakonan, kini dia membuka langkah baharu menceburi dunia pengacaraan.
Izzue atau nama lengkapnya...
SETELAH lama tidak muncul di kaca televisyen (TV) mahupun layar lebar, pelakon Sharifah Sofia kembali mengubat rindu para peminat menerusi penampilan terbaharu dalam drama Scammer 2.
Menurut Sofia, 36, biarpun pembabitannya dalam drama sekuel arahan Norhanisham Labu Ahmad itu berlaku pada saat-saat akhir dan tidak dirancang, dia berasa...