JIKA kita melihat anak-anak kecil mencuri-curi dengar perbualan kita atau orang lain, cepat-cepatlah larang mereka daripada berbuat demikian.
Bukan apa, takut-takut ia menjadi kebiasaan kepada mereka sehingga dewasa kelak. Didikan awal itu begitu penting untuk mencorakkan diri mereka pada masa akan datang.
Barangkali segelintir orang menganggap perbuatan mencuri-curi dengar perbualan orang lain adalah perkara biasa.
Ya, kita mungkin menganggap tiada salahnya berbuat demikian hanya sekadar untuk mengambil tahu sahaja.
Umpamanya, mencuri dengar perbualan ibu bapa di pintu bilik mereka atau memasang telinga di bilik majikan untuk mendengar perbincangan mereka.
Hakikatnya, perbuatan seperti itu boleh menjerumuskan pelakunya ke kancah yang tidak baik.
Pendakwah Ustazah Asma’ Harun menjelaskan, seandainya perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk mendapatkan cerita ‘panas’ untuk tujuan mengumpat, perkara melibatkan aib atau perbualan yang ingin dirahsiakan, maka perilaku itu merupakan satu dosa besar.
BERDOSA besar andai tujuan memasang telinga mendengar perbualan orang lain itu untuk mendapatkan cerita 'panas' bagi tujuan mengumpat.
Malah, katanya, ancaman berat menanti bagi golongan tersebut.
Ia sebagaimana disebutkan dalam satu riwayat daripada Ibnu Abbas bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Dan barang siapa mencuri dengar pembicaraan suatu kaum padahal mereka tidak menyukai atau telah menyingkir untuk menghindarinya, maka telinganya akan dicurahkan cairan tembaga pada hari kiamat…” (Riwayat al-Bukhari)
Ustazah Asma’ turut menukilkan pandangan Imam al-Qastallani yang menyebut dalam kitab syarahnya bahawa apa yang dimaksudkan dengan perkataan al-aanuk yang disebut dalam hadis tersebut ialah tembaga cair.
“Apabila disebut sebagai tembaga cair, tentu saja ia dalam keadaan yang begitu panas. Na’uzubillah.
Iklan
“Namun begitu, sebahagian ulama menyatakan, hadis itu menunjukkan bahawa orang yang mendapat ancaman itu hanyalah mereka yang mencuri-curi dengar perbualan yang ingin dirahsiakan dan tidak suka orang lain mendengarkannya,” katanya sebagaimana yang dikongsikan beliau menerusi Instagram miliknya.
SEBAIKNYA, elakkan diri daripada mencuri-curi dengar perbualan orang lain walaupun individu tersebut tidak kisah jika kita berbuat demikian.
Andai kata, orang yang membutirkan perbualan tadi reda dengan perbuatan mencuri-curi dengar tersebut, maka individu berkenaan tidak tergolong di dalam ancaman ini.
“Begitupun, ketahuilah bahawa sama ada seseorang individu itu suka atau tidak (dengan perbuatan orang mencuri-curi dengar perbualannya), sebaiknya janganlah berbuat demikian kecuali dengan izin empunya badan.
“Islam mengajarkan kita untuk sentiasa hidup dalam toleransi dengan menjaga hak-hak peribadi orang yang ada di sekeliling kita.
“Agama suci ini juga melarang umatnya untuk mencampuri dan mengintip hal-hal peribadi yang tidak menjadi urusan kita,” tegasnya.
Justeru, jangan sesekali ‘memasang’ telinga mendengar butir percakapan orang lain melainkan dengan keizinan mereka.
MUNGKIN ramai di antara kita pernah mengikuti video-video dakwah ulama Indonesia ini.
Ustaz Abdul Somad bepengetahuan luas, bernas dan tegas. Penyampaian ceramahnya yang diselang selikan dengan humor membuatkan ia menarik dan tidak bosan untuk diikuti.
Baru-baru ini ulama kelahiran Asahan, Sumatera Utara itu dihalang memasuki negara jiran, Singapura.
Baca juga:...
PENINGKATAN suhu persekitaran di India menjadi perhatian ramai. Gelombang haba yang sedang dihadapi negara itu kian meruncing dan mengancam kehidupan.
Iklim India boleh diklasifikasikan sebagai negara tropika kecuali bagi negeri Himachal Pradesh, Jammu dan Kashmir di utara dan Sikkim ditimur laut yang mempunyai iklim yang lebih sejuk.
Baca juga:...
BARU-baru ini pengacara dan pelakon popular, Awal Ashari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara.
Hos berusia 40 tahun itu dibenar untuk diikat jamin sebanyak RM2,000 manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Julai...
PENYANYI nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman sudah mendapatkan rawatan penyakit bipolar kali pertama di Hospital Sungai Buloh pada Selasa, selepas ditangkap berhubung kes dadah, Mac lalu.
Peguam, Ariff Azami Hussein berkata demikian ketika prosiding kes membabitkan Muhammad Yasin atau lebih dikenali sebagai Yasin yang berdepan pertuduhan menanam...
DEK keberkesanan lakonan antagonis yang sering dijayakannya, pelakon Rita Nadira mengakui sering dilemparkan kata-kata kesat dan hinaan oleh individu yang tidak dikenalinya.
Akur dengan ‘kebencian’ orang yang terbawa-bawa oleh emosi lakonan yang diberikan, pelakon berusia 25 tahun itu terpaksa merelakan dirinya dibenci orang.
“Jujur sampai ada yang sanggup melemparkan...
SUDAH menjadi lumrah wanita menyukai kecantikan, tidak kira sama ada pada usia muda mahupun tua.
Penampilan menjadi keutamaan sebelum kaki melangkah keluar dari rumah. Kata orang, keterampilan yang kemas akan meningkat keyakinan diri.
Kecantikan yang dimaksudkan bukanlah hanya fizikal semata tetapi ia juga merangkumi aspek dalaman wanita.
Untuk memastikan gaya...
PERSEKITARAN cuaca panas boleh mengakibatkan mengalami dehidrasi tidak mengira sama ada dalam kalangan dewasa atau kanak-kanak.
Perkara tersebut lebih memburuk kepada anak kecil yang enggan mengambil sebarang minuman lebih-lebih lagi air putih walaupun sedang dahaga.
Menurut Alo Dokter, dehidrasi terjadi ketika tubuh tidak mendapatkan cairan yang cukup sehingga mengakibatkan...
GANDUM (Triticum spp.) atau wheat adalah merupakan satu kumpulan tanaman bijirin dari keluarga poaceae yang sama dengan kumpulan tanaman padi yang kaya karbohidrat.
Walau pun di Malaysia tidak terdapat tanaman gandum, komoditi itu adalah bahan utama dalam bentuk tepung yang digunakan makanan utama di negara ini selain daripada...
SEGELINTIR wanita kerap kali mengalami senggugut ketika datang haid.
Portal MyHealth dalam penulisannya menyatakan lebih daripada 60 peratus perempuan remaja mengalami senggugut primer dan satu dalam 10 wanita akan mengalami kesakitan yang teruk sehingga mengganggu aktiviti seharian.
Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad, kedatangan haid bagi wanita normal...
SUKAR untuk meneruskan hidup sebagai ibu tunggal dengan gangguan seksual melampau, seorang wanita di India nekad mengubah penampilan diri.
Ibu anak satu yang dikenali dengan nama Petchiammal sanggup menyamar menjadi seorang lelaki selama 36 tahun lamanya demi menjaga anaknya dalam suasana selamat.
Jalan cerita wanita itu sangat tragis.
Lapor india.com,...
SEMALAM tular satu video di laman sosial TikTok yang memaparkan sosok tubuh seorang lelaki yang cuba masuk ke dalam kenderaan seorang wanita.
Video yang dimuat naik oleh @Emma Zack itu telah mendapat 2.1 juta tontonan dalam masa kurang daripada 24 jam.
@emmazack521 #fypシ ♬ Creepy, scary, horror, synth, tension...
BAGI yang mempunyai cahaya mata istimewa, sudah pasti banyak wang perlu dibelanjakan untuk membeli keperluan.
Tidak hanya keperluan, yuran untuk terapi dan pusat intervensi bagi anak-anak kurang upaya (OKU) juga perlu dilunasi.
Bagi yang tinggal di negeri Selangor, usah lepaskan peluang mendapatkan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) di...