AMALAN sedekah boleh eratkan silaturrahim sesama insan.

Semakin banyak seseorang itu bersedekah, semakin luaslah rezeki untuknya kelak.

Kerana itulah Allah di dalam al-Quran amat menekankan betapa perlunya orang-orang yang
berkemampuan menghulurkan bantuan atau sedekah kepada golongan kurang berkemampuan.

Mungkin ramai yang telah ada niat untuk membuatnya, namun masih berat untuk menjadikannya amalan harian.

Yang paling mudah untuk kita lakukan adalah sedekah subuh.

Sedekah subuh ini banyak ganjaran asalkan kita ikhlas dan istiqamah.

Sambil bersedekah, pasanglah niat apa saja di hati, InsyaAllah pasti Yang Esa kabulkan.

Untuk itu, mari kita cuba formula yang dikongsikan oleh Dzuriasikim Dzulkifli ini.

Keajaiban sedekah subuh.. amalkan setiap hari pasti ada ganjaran rezeki yang tak disangka

FORMULA REZEKI INFINITI DENGAN TABUNG SEDEKAH SUBUH

1. Masukkan derma seikhlas walaupun 50 sen setiap hari pada waktu Subuh. Jangan miss walau sekali pun. Ingat, Allah tak pandang nilai wang, tetapi keikhlasan tika kita memberi.

2. Cukup sebulan, dermakan ke masjid atau beri makan kepada anak yatim, orang yang memerlukan atau kepada mereka yang sangat layak untuk menerima sumbangan. Mungkin
saudara mara kita sendiri, sahabat yang dalam kesusahan atau kurang berkemampuan.

3. Waktu tiap kali menderma ke “Tabung Subuh” tu, lakukan ia sambil berdoa dengan spesifik dan jelas serta penuh tenang dan rasa gembira (elevated emotion). Kemudian, ucapkan alhamdulillah penuh kesyukuran dan keyakinan. Ingat, ALLAH Maha Mendengar.

Yakinlah bahwa ganjaran dari Allah itu boleh dihantarkan melalui rezeki yang tidak disangka-sangka (oleh akal fikiran kita yang terbatas ini) serta daripada pelbagai pintu dan arah. Yakin juga bahawa tidak ada yang sukar bagiNya. Dan Dialah Al Ghanni (Maha Kaya) dan Al Mughni (Maha Pemilik Kekayaan).

4. Jika tidak sempat sediakan “Tabung Subuh” di rumah, kumpulkan setiap hari dan sedekahkan kepada masjid/surau. Jika bertugas di luar kawasan (berjauhan dari rumah contohnya) jangan lupa bawa wang sedekah dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau.

Dalam sebuah hadits Nabi ﷺ menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang
rajin berinfaq di pagi hari sekali gus kerugian yang bakal dideritanya bila mana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ
أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا

وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

Iklan

“Tidak ada satu Subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya)”(HR Bukhary 5/270)

5. TULIS NAMA PADA TABUNG

Tulis nama pada tabung ini adalah sebagai affirmation kita nak komited dengan amalan mulia ini. Supaya kita rajin dan harus buat setiap hari. Kalau boleh tabung kita tu buat cantik-cantik sikit atau guna tin atau bekas yang cantik. Agar kita sendiri rasa seronok dan tak sabar nak menderma untuk keesokan hari pula. Anda tahu tak, bila buat begini kita juga akan secara tidak sengaja akan
rajin untuk bangun solat Subuh di awal waktu.

6. TABUNG SUBUH BUAT ANAK-ANAK

Kalau anak-anak kita diberikan kefahaman untuk bersedekah dan memilik Tabung Subuh
masing-masing lagi baik. Mudah-mudahan ada keajaiban buat anak-anak juga Allah beri
nanti.

POTONGAN AYAT AL-QURAN – Surah Ali Imran Ayat 133-134

133. Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat)
keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

134. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan
orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Jom sahabat semua kita ringankan tangan untuk bersedekah. Sedekah Subuh, bukan bermakna waktu lain kita tidak boleh bersedekah ya. Cuma sedekah Subuh ni special kan. Sebab itulah kakak masukkan hadis dan petikan Surah sebagai rujukan.

Iklan

Sesungguhnya Allah Ar Razzaq Al Mughni (Maha Pemberi Rezeki & Maha Pemegang Kekayaan).

Sumber : Dzuriasikim Dzulkefli

Jangan lupa untuk sedekah ya semua. Yang belum pernah buat, boleh cuba amalkan.

Semoga dikurniakan rezeki, kebahagiaan dan barakah yang berterusan. Amin

Artikel berkaitan: [VIDEO] Apabila bulu kucing melekat di tempat solat, kita perlu…