Kerajaan Arab Saudi buat persiapan rapi sambut bakal jemaah haji, ini yang mereka lakukan…

Persiapan haji
July 29, 2020
Oleh Nurulfatiha

KITA sudah memasuki 8 Zulhijah pada hari ini. Hari kelapan dalam bulan Zulhijah ini juga dikenali sebagai hari tarwiyah.

Bagi mereka yang menunaikan ibadah haji, para jemaah yang berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah.


Ia sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudama bahawa itu antara sebab kenapa hari ini dinamakan sebagai hari tarwiyah.

Sebagai persiapan untuk menyambut jemaah yang bakal menyempurnakan Rukun Islam ke-5 di tengah-tengah wabak koronavirus, Kerajaan Arab Saudi dilihat begitu teliti dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Memetik hantaran di Facebook Haramain Archives, laluan menuju ke tempat melontar jamrah iaitu di sekitar Jamarat, ia telah ditanda menggunakan simbol kaki.

Iklan

Persiapan haji
LALUAN untuk melontar jamrah ditandakan bagi memastikan para jemaah sentiasa menjaga penjarakan sosial sementara menunggu giliran.

Tujuannya supaya jemaah mematuhi penjarakan sosial dipatuhi sementara menunggu giliran masing-masing untuk melontar jamrah.

Persiapan haji
DI Masjidil haram, laluan ditandakan untuk memudahkan jemaah.

Bukan itu sahaja, di sekitar Masjidil Haram di Makkah, turut ditandakan jalan khusus bagi setiap kumpulan jemaah yang akan menunaikan ibadah haji.

Iklan

Semua kemudahan yang disediakan itu telah diuji oleh kakitangan pihak berkuasa haji sebelum tetamu ALLAH memulakan ibadah mereka.

Dari segi kesihatan para jemaah pula, Kementerian Kesihatan Arab Saudi menugaskan anggotanya bagi setiap 50 jemaah haji pada tahun ini.

Persiapan haji
PIHAK berkuasa haji di Arab Saudi juga menugaskan satu anggota bagi setiap 50 jemaah bagi untuk memantau keselamatan tetamu ALLAH.

Memetik kenyataan Saudi Press Agency semalam, tugas pemimpin kesihatan itu antara lain bertanggungjawab dalam tindakan pencegahan sebagaimana SOP yang digariskan pihak berkuasa.

“Ia termasuklah menerapkan penjarakan sosial dalam kalangan jemaah, mengawal pergerakan mereka di tempat ibadah dan sebagainya demi keselamatan dan keselesaan para jemaah.

“Petugas berkenaan adalah pengamal kesihatan yang berkelayakan. Mereka juga akan melakukan pemeriksaan visual, mengisi borang pencegahan tindakan lanjut dalam bas para jemaah, memantau komitmen jemaah untuk langkah pencegahan dan melaporkan sebarang kes yang disyaki,” katanya sebagaimana dipetik dalam Saudi Gazette.

Mengikut jadual, para jemaah yang sudah melepasi proses kuarantin akan mula memasuki Makkah antara jam 5.30 pagi hingga 7.30 pagi waktu tempatan (10.30 – 12.30 tengah hari waktu Malaysia) pada hari ini.

Mereka kemudian akan mula melakukan tawaf al-Qadum antara jam 7.30 pagi hingga 9.05 pagi waktu tempatan. Sepanjang hari ini akan dihabiskan di Mina Towers.

Persiapan haji
TIADA khemah, sebaliknya pihak berkuasa haji menyedian kemudahan penginapan di Mina Towers.

Begitupun, susulan pandemik Covid-19, khemah tidak digunakan pada musim haji kali ini.

Sebaliknya, pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah menyediakan tempat penginapan buat tetamu ALLAH di Mina Towers yang menghadap ke Jamarat.

Beruntungnya 1,000 jemaah haji yang terpilih untuk mengerjakan Rukun Islam ke-5 ini. Semoga mereka memperoleh haji yang mabrur.

Jangan lupa panjatkan doa agar wabak Covid-19 segera berakhir. Semoga kita dapat menunaikan ibadah haji seperti biasa pada tahun depan.

Sumber: Facebook Haramain Archives, Saudi Gazette dan Irsyad Al-Hadith Siri ke-404: Apakah Maksud Hari Tarwiyah dan Apakah Kelebihannya, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Facebook Haramain Archives

Iklan

About Nurulfatiha

Biodata Penulis