Larangan pakai rantai, subang di luar tudung

Rantai dan subang
March 13, 2020
Oleh Nurulfatiha

WANITA begitu sinonim dengan barang kemas, selain kecantikan. Masakan tidak, ia semacam sudah menjadi fitrah wanita sukakan barang kemas sebagai perhiasan diri.

Bahkan, ia juga menjadi perhiasan ‘wajib’ kepada pengantin pada hari bahagia mereka sehinggakan wanita berhijab turut memakai rantai di luar tudung mereka.

Namun begitu, bolehkah memakai rantai emas di luar tudung? Apakah hukumnya apabila berbuat demikian?

Sebelum merungkaikan jawapannya, kita perlu fahami bahawa perhiasan adalah salah satu perkara yang diharuskan oleh syarak bagi wanita.

Akan tetapi, ada syarat yang telah diletakkan oleh ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW. Firman ALLAH SWT dalam Surah an-Nur, ayat 31: “...Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang nampak zahir darinya...”

Iklan

Imam al-Tabari ketika menafsirkan ayat itu telah membahagikan perhiasan bagi wanita itu kepada dua iaitu pertama, perhiasan yang disembunyikan seperti subang, rantai leher dan selainnya.

Kedua pula adalah perhiasan yang diperlihatkan seperti pakaian, cincin, gelang pada pergelangan tangan dan selainnya.

Iklan

Imam al-Tabari membuat kesimpulan bahawa apa sahaja perhiasan yang asalnya disembunyikan, maka ia dilarang untuk diperlihatkan kepada bukan mahram atau ajnabi.

Oleh itu, seseorang wanita yang memperlihatkan subang atau rantai kepada selain daripada mahram adalah ditegah.

Kepada wanita bertudung yang bakal berkahwin tidak lama lagi atau hendak memakai perhiasan, jangan sesekali melakukan perkara itu yang ditegah oleh agama Islam.

***Sumber: Pendakwah dan penulis, Ustaz Mustafar Mohd Suki

About Nurulfatiha

Biodata Penulis