MENJADI perbualan hangat di laman sosial ketika ini adalah berkenaan boleh atau pun tidak individu keuzuran untuk berpuasa makan secara terbuka di siang hari pada bulan Ramadan.

Perkara tersebut menjadi pendebatan hebat terutama di kalangan golongan muda. Malah ada yang mengatakan zaman sekarang perlu lebih terbuka untuk berdepan situasi itu walau di mana sahaja.

Jangan lupa follow kami Instagram!

Mencari penjelasan tentang isu tersebut, ini perkongsian bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada laman Irsyad al-Fatwa edisi khas Ramadan 2016.

Siapakah golongan yang diberi keuzuran untuk tidak berpuasa?

Golongan yang diberikan keizinan oleh syarak untuk tidak berpuasa disebabkan keuzuran adalah;

1. Wanita yang dalam keadaan haid dan nifas

Para ulama telah bersepakat bahawa wanita yang dalam keadaan haid diharamkan baginya untuk berpuasa. Sekiranya dia tetap berpuasa maka puasanya adalah tidak sah.

Sama ada puasa tersebut merupakan puasa wajib, sunat, kaffarah, ataupun nazar. Wajib ke atas mereka untuk menggantikan puasa ini apabila mereka suci dari haid.

2. Orang yang dalam keadaan sakit

Orang yang sakit diberikan keringanan untuk berbuka puasa (tidak berpuasa).

Apabila dia sihat semula maka wajib ke atasnya untuk menggantikan puasanya yang ditinggalkan tersebut.

Walaupun begitu, ada dhabit (piawaian) bagi kategori sakit yang dibenarkan berbuka dari ayat ini. Antaranya;

Sakit tersebut adalah sakit yang teruk (berat) yang mana apabila orang tersebut berpuasa ia akan menambahkan lagi kesakitan ataupun melewatkan kesembuhan yang terdapat pada dirinya.

Apabila seseorang yang sakit itu berpuasa ia datang bersamanya masyaqqah (kepayahan) ke atas dirinya.

Terima imam seadanya
RAMADAN bukan sekadar bulan untuk berpuasa menahan lapar dan dahaga, tetapi banyak keistimewaan bulan berkenaan yang perlu kita rebut.

3. Orang yang sedang bermusafir

Orang yang sedang dalam permusafiran diberikan rukhsah (keringanan) untuk berbuka (tidak berpuasa). Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud, “(Puasa) itu adalah bilangan hari-hari yang tertentu. Siapa daripada kalangan kalian yang sakit ataupun dalam keadaan bermusafir maka gantikanlah ia (puasa) pada hari yang lain – Surah al-Baqarah (184).

Justeru, bolehkah golongan yang disebutkan untuk makan dan minum secara terbuka di siang hari Ramadan?

Iklan

Hukum seseorang yang ada keuzuran untuk tidak berpuasa makan di siang hari bulan Ramadan adalah HARUS.

Namun, adalah lebih afdal ia dilakukan di tempat yang sunyi dari penglihatan orang ramai bagi menjaga dan memelihara diri daripada fitnah serta menyelamatkan orang ramai cetus sangkaan buruk lalu mereka mendapat dosa.

Baca juga Tidak boleh niat menunjuk-nunjuk, menyerupai mata binatang berikut pemakaian kanta lekap dalam Islam

Semoga pencerahan ini dapat difahami dengan sebaiknya.

Berdoalah kepada ALLAH SWT agar menerima segala ibadah kita di bulan Ramadan ini, seterusnya menjadikan kita tergolong dalam kalangan mereka yang bertaqwa.

Iklan

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI