Makruh gosok gigi selepas waktu fajar ketika puasa? 

April 16, 2021
Oleh Nurulfatiha

LAZIMNYA, selepas bersahur, kebanyakan kita akan menggosok gigi sebelum masuknya waktu Subuh.

Namun, ada segelintir orang yang tidak selesa berbuat demikian dan memilih untuk menggosok gigi beberapa ketika selepas makan sahur kerana bimbang termuntah dan sebagainya.

Iklan

Kadangkala waktu kita menggosok gigi itu dilakukan selepas waktu fajar.

Begitupun, acap kali juga kita dengar orang di sekeliling mengatakan makruh jika kita menggosok gigi pada waktu berkenaan tatkala sedang berpuasa.

Benarkah makruh apaba menggosok gigi selepas waktu fajar ketika sedang berpuasa?

Iklan

Menjawab persoalan itu, pendakwah Nurul Syafiqah Mohamed Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Da’i Syafiqah menjelaskan, sebenarnya kita dibolehkan untuk menggosok gigi selepas waktu fajar.

DA’I SYAFIQAH

“Namun, ada sedikit perbezaan pendapat dalam kalangan ulama tentang hukum isu orang yang menggosok gigi selepas tergelincir matahari.

Iklan

Baca juga Jangan terus gosok gigi selepas makan, ini sebabnya

“Pendapat pertama mengatakan bahawa boleh sahaja kita menggosok gigi selepas waktu fajar sehinggalah selepas waktu Zuhur iaitu selepas tergelincir matahari,” katanya.

Begitupun, ujar beliau, menurut pandangan kedua yang bersandarkan kepada Mazhab Syafie, hukumnya adalah harus dan dibolehkan untuk menggosok gigi sehingga sebelum waktu Zuhur. Dengan kata lain, sebelum tergelincirnya matahari.

“Seandainya seseorang yang berpuasa menggosok gigi selepas waktu Zuhur, maka makruh hukumnya,” katanya.

Gosok gigi selepas waktu fajar
MENURUT Mazhab Syafie, diharuskan menggosok gigi selepas waktu fajar hingga sebelum Zuhur.

Ia bersandarkan kepada sebuah hadis yang mana Rasulullah SAW bersabda: “Demi diriku yang berada dalam genggaman tangan-NYA, bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi ALLAH daripada bau haruman kasturi.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis itu, kata Da’i Syafiqah, Mazhab Syafie berpendapat bahawa orang yang menggosok gigi selepas waktu Zuhur akan mengurangkan kelebihan bau mulut orang yang berpuasa.

Foto: Freepik

Iklan

About Nurulfatiha

Biodata Penulis
Iklan