RAMAI di antara pengguna media sosial kini menggunakan platform ini untuk berkongsi kehidupan peribadi.

Kebelakangan ini, ramai yang berkongsi gambar menerusi ciapan tentang perihal mereka menukar statusnya daripada bujang sehinggalah berkahwin.

Menerusi perkongsian sebegitu, ramai juga yang berharap agar dikurniakan jodoh.

Berbicara soal jodoh, ia bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main kerana ia melibatkan kehidupan masa depan yang bakal ditempuhi bersama.

Ya benar, golongan yang masih bujang ini bukannya tidak mahu berkahwin tetapi masih belum ada jodoh yang sesuai.

Buat mereka yang masih belum dikurniakan jodoh, usah risau kerana ALLAH itu sebaik-baik perancang.

Oleh itu, boleh amalkan empat doa ini agar dikurniakan jodoh yang baik.

1. Doa supaya dikurniakan jodoh yang menenangkan hati:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penentram hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”

Baca juga: Awas, Suami Isteri Bermesra Siang Hari Bulan Ramadan Boleh Jatuh Makruh, Batalkan Puasa

2. Doa supaya hidup tidak bersendirian:

رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ

Yang bermaksud:

“Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Dzat Maha Waris Paling Baik.”

3. Doa untuk seorang lelaki yang menginginkan isteri yang solehah:

Iklan

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَةً طَيِّبَةً أَخْطُبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَةً لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَةِ

Yang bermaksud:

“Tuhanku, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”

4. Doa untuk seorang wanita yang ingin dikurniakan suami yang terbaik

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَة

Yang bermaksud:

Iklan

“Tuhanku, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”

Jodoh merupakan cerminan diri maka, sentiasa berusaha perbaiki diri dan berdoa agar ALLAH mengurniakan jodoh yang terbaik buat hambaNya.

Baca juga: Mengumpat Itu Haram Tetapi Ketahui 6 Jenis Situasi Yang Dibenarkan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI