BULAN Sya’ban adalah dikenali sebagai bulan diangkat semua amalan di sisi ALLAH SWT.

Nabi Muhammad SAW melazimi dan memperbanyakkan ibadah puasa sunnah dalam bulan ini berbanding bulan-bulan selainnya.

Baca juga: Sya’ban Adalah Bulan Diangkat Semua Amalan Di Sisi ALLAH SWT. Ini Ibadah Yang Perlu Kita Perhebatkan

Menurut Portal Rasmi Mufti Negeri Terengganu, bulan Sya’ban merupakan salah satu bulan yang mempunyai banyak kebaikan.

Justeru, diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW banyak melakukan puasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan lain. Ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a:

Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa pada bulan tertentu selain Ramadan sepanjang tahun lebih banyak daripada puasanya dalam bulan Syaaban dan baginda bersabda:

“Lakukanlah amalan-amalan sunat yang kamu mampu kerana sesungguhnya Allah SWT tidak akan jemu sehingga kamu merasa jemu.”

Baginda juga bersabda “Amalan yang paling disukai di sisi ALLAH adalah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit”.

(H.R Muslim) (Sahih Muslim Bi Syarhi al-Nawawi: Jilid 4 ms 218).

Baca juga: Tanda Taubat Diterima Akhlak Berubah Baik, Mudah Lakukan Ibadat

Bulan Sya’ban mempunyai satu masa yang penting iaitu malam Nisfu Sya’ban.

Namun, diharapkan supaya tiada orang yang menganggap bahawa malam Nisfu Sya’ban sebagai malam penentuan nasib seseorang pada tahun berikutnya sehingga wujud sebahagian daripada masyarakat sanggup meninggalkan pekerjaan pada malam tersebut untuk menghadiri malam Nisfu Sya’ban kerana bimbang terlepas habuannya.

Kepercayaan seperti ini adalah dibimbangi akan menjejaskan akidahnya sebagai seorang muslim.

Bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa pada malam tersebut adalah digalakkan kepada umat Islam untuk memperbanyakkan ibadah seperti memperbanyakkan bacaan al-Quran, zikir, berdoa dan Qiamullail sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis. (Yasalunaka fi ad-Din wa al-Hayat: Jilid 4 ms 347).

Iklan

Terdapat hadis yang sahih jelas menunjukkan kelebihan malam Nisfu Sya’ban ini iaitu: Daripada Abu Musa al-Asya’ri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya ALLAH SWT menilik (hamba-hamba-NYA) pada malam Nisfu Sya’ban, lalu diampunkan seluruh hamba-hamba-NYA melainkan orang melakukan syirik dan orang munafik.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Iklan

Pastinya pengampunan ALLAH SWT tersebut berasaskan amalan-amalan soleh yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya.

Galakan serta amalan-amalan tersebut seperti yang dinyatakan dalam hadis berikut:

“Apabila datang malam Nisfu Sya’ban maka hendaklah kamu bangun mendirikan solat-solat sunat pada malamnya dan melaksanakan puasa sunat pada siang harinya. Kerana sesungguhnya ALLAH turun ke langit dunia pada malam tersebut bermula dari terbenam matahari”.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah) (Kanzul Ulum al-Jami’ lilahkami al-Syari’yyah fi al-Fiqhi al-Syafie: muka surat 215).

Oleh itu, disarankan kepada umat Islam agar menghayati Nisfu Sya’ban dan menjadikan ia titik permulaan mencari keredaan-NYA. Dapatkan kelebihan-kelebihan yang dikurniakan oleh ALLAH SWT pada malam tersebut.

Baca juga: Jangan Malas Bersedekah, Tak Perlu Tunggu Ramadan. 5 Janji ALLAH Orang Rajin Sedekah

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI