Pangkat besar dan harta berjuta, bukan kategori insan hebat. Kenali 4 jenis manusia paling dikagumi berpandukan al-Quran dan hadis

RAMAI orang menganggap dirinya hebat kerana mempunyai pengaruh, harta, pangkat dan seumpama dengannya.

Sementelah, mereka yang diuji dengan harta yang tidak seberapa, tiada pangkat, darjat dan sebagainya pula dianggap sebagai insan biasa.

Hakikatnya, semua nikmat dan pemberian ALLAH SWT itu adalah ujian buat hamba-hamba-NYA yang terpilih. Bentuk ujian bukan sekadar apa sahaja perkara yang tidak kita sukai, ia termasuk jugalah kesenangan yang diberikan oleh-NYA kepada setiap makhluknya.

Apa yang membezakan setiap makhluk adalah cara bagaimana kita menghadapi ujian berkenaan.

Barangsiapa yang dapat menempuh segala bentuk ketetapan yang diberikan oleh Sang Pencipta kepada-NYA, merekalah sebenarnya insan yang benar-benar hebat.

Masakan tidak, bukan mudah sebenarnya untuk bertahan dengan ujian demi ujian. Hanya jiwa yang benar-benar kental dan yakin dengan setiap rencana ALLAH SWT itu mampu melaluinya dengan tenang.

Iklan
Iklan

Jelas Timbalan Pengarah, Institut Sains Islam, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Ahmad Sanusi Azmi, terdapat empat jenis insan yang boleh dikategorikan sebagai insan hebat.

Ia sebagaimana yang disebutkan menerusi kalam ALLAH SWT dan riwayat hadis yang masyhur.

Insan yang hebat ialah:

1. Mereka yang sabar ketika ditimpa ujian sakit.

Perkara itu ada dijelaskan menerusi sebuah hadis. Seorang wanita berkulit gelap sering ditimpa sakit (dirasuk) pada zaman Rasulullah SAW.

Lalu, Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Sekiranya engkau bersabar terhadap penyakit yang sering menimpamu ini, maka ALLAH akan kurniakan buatmu syurga.” (Riwayat al-Bukhari)

(Artikel berkaitan: Sakit boleh jadi penghapus dosa. Tapi jangan sesekali mengeluh atau persoalkan takdir ALLAH)

2. Mereka yang menahan diri daripada maksiat.

Ketahuilah, Rasulullah SAW memuji mereka yang berjaya menahan diri daripada maksiat dalam keadaan dirinya berpeluang untuk melakukannya.

Sabda Rasulullah SAW: “Dan seorang lelaki yang diajak untuk melakukan maksiat oleh seorang wanita yang cantik dan berkedudukan, lalu dia berkata: Sesungguhnya aku takut kepada ALLAH.” (Riwayat al-Bukhari)

3. Mereka yang berupaya memaafkan kesalahan orang.

Sungguh, bukan mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain. Apatah lagi mereka yang pernah menyebarkan fitnah tidak berasas tentang diri kita, keluarga dan sebagainya.

(Artikel berkaitan: Pernah dizalimi akibat sihir, boleh ke jika kita tak maafkan individu yang lakukan perbuatan itu?)

Namun, ALLAH SWT mendidik Abu Bakar supaya memaafkan lelaki yang terlibat dalam menyebarkan berita fitnah terhadap Saidatina Aisyah.

Firman ALLAH SWT: “Dan maafkanlah mereka serta lupakan kesalahan mereka; tidaklah kamu suka supaya ALLAH mengampunkan dosa? Dan (ingatlah) ALLAH MAHA PENGAMPUN lagi MAHA MENGASIHANI.” (Surah an-Nur, ayat 22)

4. Mereka yang menahan diri ketika marah.

Ketika darjah kemarahan memuncak, tiada siapa yang mampu berfikiran waras. Segala tindak tanduk kita lebih dikuasai oleh emosi.

Begitupun, Rasulullah SAW memberikan definisi yang berbeza tentang kuat. Orang yang kuat lagi hebat adalah mereka yang berjaya mengawal marah.

(Artikel berkaitan: Anak jadi nakal sebab doa ibu bapa… Berhati-hatilah bila berkata-kata apalagi ketika sedang marah

)

Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah yang dikatakan kuat itu (menang) dalam pergaduhan. Sesungguhnya orang kuat itu yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari)

Demikianlah sifat orang yang hebat. Manusia memang lumrahnya mempunyai pelbagai jenis perasaan dan emosi.

Namun, setiap daripada kita mempunyai cara tersendiri untuk mengawalnya. Mereka yang berjaya mengawal dirinya daripada situasi tersebut adalah insan yang benar-benar hebat.

Semoga kita diberikan kekuatan dalam menghadapi apa jua ujian yang mendatang. Sama-samalah kita berdoa.

Sumber: Facebook Dr Ahmad Sanusi

Foto: Freepik & 123rf

Share
Nurulfatiha

Biodata Penulis

Published by
Nurulfatiha

Recent Posts

Bapa Komander Muhamad Amir anggap anak ‘pergi’ sebagai wira negara. ‘Setiap tahun sertai Hari TLDM, tak sangka semalam terakhir’

'TIADA apa perlu dikesalkan, anak saya pergi sebagai wira negara.' Demikian luahan sayu Mohamad Borak,…

5 hours ago

Yassin Senario kongsi gambar raya sekeluarga raih perhatian.’Dah besar panjang, segak dan lawa anak-anak, isteri pun cantik’

PELAKON dan pelawak popular, Yassin Senario jarang mendedahkan kehidupan peribadinya terutama sekali yang membabitkan isteri…

5 hours ago

Jasad cuma cedera di kepala, Nurfarahimi bakal tamatkan perkhidmatan beberapa bulan lagi, luah teringin naik helikopter sebelum pencen

NEGARA berduka kehilangan 10 perwira negara dalam nahas melibatkan dua buah helikopter di dua helikopter…

7 hours ago

Pengasas Mustika Ratu, Ibu Mooryati Soedibyo meninggal dunia pada usia 96 tahun

PENGASAS syarikat perubatan herba dan kecantikan terkenal Indonesia Mustika Ratu, Mooryati Soedibyo meninggal dunia pada…

10 hours ago

‘Tahun ini beraya tanpa mama dan kakak.’ Kaka Azraff akui sambutan Aidilfitri tahun ini ‘kosong’

  "SEPATUTNYA raya tahun ini tanpa mama, tapi jadi tanpa mama dan kakak." Demikian ungkapan…

10 hours ago

Ikatan 9 tahun terlerai, Adira dan Datuk Red bercerai talak satu

IKATAN perkahwinan penyanyi, Adira Suhaimi dan suami, Datuk Seri Adnan Abu akhirnya terlerai selepas sembilan…

12 hours ago