KALAU cerita pasal bab sedekah ini, ia bukanlah pasal duit semata-mata. Tak semestinya kita sedekah duit pada orang lain. Ada banyak lagi cara lain untuk kita bersedekah.

Matlamatnya hanya satu iaitu untuk membantu orang yang memerlukan. Jadi tak kiralah apa jua bentuk sedekah yang diberikan, asalkan sampai kepada tujuan asalnya.

Antara yang mudah dilakukan adalah kita memberikan makan kepada orang yang lapar. Mungkin ada yang menganggap kita kena cari orang fakir, miskin atau anak yatim untuk sedekahkan makanan.

Ish, kalau begitulah tanggapan kita, memang sampai bila-bila kita rasa susah nak sedekahkan makanan kepada mereka. Lebih-lebih lagi kalau dalam kawasan kejiranan kita tiada orang susah.

Namun hakikatnya, mudah saja jika kita nak bagi orang lapar makan. Boleh saja kita belanja makan adik-beradik yang duduk di asrama. Jangan lupa belanja sekali makanan untuk rakan-rakan sebiliknya.

Demikian cara mudah untuk memberikan orang yang lapar makan hasil perkongsian seorang pemilik akaun Twitter @MaisarahMahmud di laman sosial miliknya baru-baru ini.

(Artikel berkaitan: Sedekah ketika wabak, kalaulah kita tahu ganjarannya…)

Iklan

Menurut beliau, jika kita hantar adik balik ke asrama atau kolej, belilah extra makanan untuk roomates dia sekali.

“Sebab besar sangat pahala bagi orang yang lapar makan.

“Sebab selalunya orang yang duduk asrama, college memang selalu lapar. So kalau ada rezeki lebih, beli KFC bucket ke, beli pizza supaya kawan-kawan adik kita boleh makan sekali.

“Rezeki ALLAH tu luas sangat. I selalu percaya dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain,” kongsi beliau.

Ramai yang bersetuju dengan pandangan beliau itu. Perkongsian beliau di Twitter itu turut diulang kicau lebih 16,000 kali dan mendapat lebih 24,000 tanda suka.

Bagi makan pada orang yang lapar
PERKONGSIAN @MaisarahMahmud diulang kicau ramai warganet.

Malah ramai warganet yang turut meninggalkan komen terhadap perkongsian beliau.

Pemilik akaun Twitter @NabilRosdi turut memberikan maklum balas positif tentang hal itu.

“Benar sekali. Kekadang bila bagi makanan tu, terus dia cakap ‘Semoga ALLAH murahkan rezeki kau’. Tanpa sedar, kebaikan yang kita buat terus dapat doa,” kata @NabilRosdi.

Iklan

Seorang lagi warganet, @kecil_pendakwah turut bersetuju dengan pandangan berkenaan. Walaupun 10 sen saja yang diberikan, yang penting ikhlas kerana ALLAH SWT.

“Sedekah bukan mengurangkan rezeki, tetapi menambahkan rezeki,” katanya.

Ingatlah bahawa sedekah sebenarnya tidak mengira sesiapa. Sesiapa saja boleh bersedekah termasuk orang yang miskin.

Tak semestinya sedekah dengan wang atau harta, sedekah dengan senyuman pun boleh tau. Itu pun satu sedekah.

Sumber: Twitter @MaisarahMahmud