Peristiwa penting para nabi dan rasul yang perlu kita tahu

Peristiwa para nabi dan rasul
May 5, 2020
Oleh Nurulfatiha

SEBUT sahaja bumi Anbia, ingatan kita pasti tidak terlepas daripada mengingati sirah para nabi dan rasul. Masakan tidak, tempat itu banyak menjadi saksi rentas liku kehidupan insan-insan hebat utusan ALLAH itu.

Meskipun tidak berkesempatan bertemu secara empat mata dengan para nabi dan rasul, namun umat Islam masih boleh 'mendekati' dengan menjejaki historiografi dan peninggalan mereka.

Ya, itulah yang cuba dibawakan TV Alhijrah dalam sebuah dokumentari baharu Kembara Sufi Jejak Bumi Anbia yang memulakan siaran sejak 27 April lalu.

Menurut Bahagian Kandungan TV Alhijrah, dokumentari yang disiarkan setiap Isnin hingga Rabu sepanjang Ramadan ini merungkai kronologi peristiwa penting dalam sejarah kehidupan dan perjalanan para rasul kepada umatnya.

Peristiwa para nabi dan rasul
JANGAN lupa saksikan dokumentari Kembara Sufi Jejak Bumi Anbia di TV Alhijrah setiap hari Isnin hingga Rabu jam 6 petang sepanjang Ramadan.

"Di bumi Mesir kaya dengan kisah para rasul yang diceritakan dalam al-Quran seperti Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Yusuf, Nabi Idris, Nabi Ilyas dan begitu juga kisah dakwah para sahabat serta alim ulama dan kesan daripada sumbangannya mereka dapat dilihat hingga ke hari ini.

Iklan

"Monumen serta binaan-binaan hebat seperti Piramid, Sphinx dan Luxor dengan lembah Raja-raja berusia ribuan tahun terhampar di sepanjang Sungai Nil dari selatan Abu Simbel hingga ke utara Iskandariah yang menjadi saksi kewujudan kehebatan tamadun Mesir," katanya dalam kenyataan media kepada Sinarplus baru-baru ini.

Iklan

Mula bersiaran dari jam 6 petang hingga 6.30 petang, Kembara Sufi Jejak Bumi Anbia itu bakal menyelami pelbagai kisah menarik.

Antaranya tentang Firaun yang hidup sezaman dengan Nabi Musa AS, pengembaraan ke semenanjung Sinai puncak Jabal Musa, tempat Nabi Musa terima 10 rukun dan kitab Taurat.

Semua itu hanya dapat ditonton dalam rancangan ini di TV Alhijrah. Jangan lupa untuk menontonnya setiap Isnin hingga Rabu, jam 6 hingga 6.30 petang sepanjang bulan Ramadan.

Foto: Freepik dan TV Alhijrah

About Nurulfatiha

Biodata Penulis