ORANG Melayu dan adat berpisah tiada itulah ungkapan yang sesuai dikatakan buat kaum Melayu kerana bangsa ini begitu banyak adat yang diterapkan hingga kini.

Berbicara soal adat, yang sering menjadi sebutan di laman sosial kini adalah mengenai hantaran perkahwinan serta perbelanjaan mengadakan majlis perkahwinan.

Ada yang sanggup berhabis puluhan ribu ringgit malah ratusan ribu bagi merealisasikan hari bahagia sebagai pasangan suami isteri.

Sehinggakan ada yang sanggup mengikat perut berjimat semata-mata untuk menyimpan wang untuk berkahwin.

Islam menjelaskan bahawa pernikahan yang penuh dengan keberkatan merupakan pernikahan yang maharnya tidak berlebihan serta tidak membebani.

Isu duit perbelanjaan perkahwinan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit sering menjadi perbincangan warga maya di laman sosial, Twitter.

Baca juga: Isu doktor pelatih dibuli hingga tamatkan riwayat diri, Dr Amalina tampil bersuara

Baru-baru ini pemilik akaun @magmalaya memuat naik ciapan “Seriously, aku rasa anak muda patut belanjakan duit kenduri tu dekat barangan rumah. Banyak weh kena belanja. 20k punya kenduri boleh setel banyak beli barangan rumah dekat IKEA.”

Ciapan berkenaan menarik perhatian warga net sehinggakan ada yang berkata majlis kenduri sepatutnya mak ayah yang kena keluarkan duit kerana jemputan banyak terdiri daripada rakan-rakan mereka.

“Haih betul sangat, nak nangis bila kita cakap nak buat kecil-kecil je lepastu dia cakap nak 500pax.”

“Anak muda ramai dah fikir macam ni. Malangnya orang tua tak fikir macam ni.”

“Ye wei. Baik standby deposit rumah sewa ke, baru kahwin duduk dengan parents tak boleh main kejar-kejar.”

Realitinya sesetengah anak muda menginginkan perkahwinan yang sederhana dan tidak membebankan.

Perkara itu sebenarnya yang terbaik yang dituntut di dalam agama Islam.

Menurut laman muslim.or.id perkahwinan yang terbaik adalah perkahwinan yang berpegang kepada ajaran agama.

Mahar atau pemberian yang diberikan daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan adalah wajib. Perkara itu ada disebut di dalam al-Quran di dalam Suran An-Nisa ayat ke-4.
ALLAH SWT berfirman:

صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَىْءٍ مِّنْهُ نَفَسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

“Berikanlah mahar kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mahar itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.”

Pemberian mahar (mas kahwin) itu wajib tetapi tidak dinyatakan di dalam Islam tentang nilai sesebuah mahar itu sama ada tinggi mahupun rendah.

Iklan

Namun, Rasulullah SAW pernah berbicara bersama sahabat untuk memberikan mahar yang mempunyai nilai walaupun ia hanya sebentuk cincin besi. Ia ada dinyatakan di dalam sebuah Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Pernikahan yang maharnya paling mudah akan membuatkan pernikahan itu lebih diberkati dan ia ada dinyatakan di dalam beberapa buah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

ﺧَﻴْـﺮُ ﺍﻟﻨِّﻜَـﺎﺡِ ﺃَﻳْﺴَـﺮُﻩُ

Yang bermaksud:

‘Sebaik-baik pernikahan ialah yang paling mudah.’ (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Manakala di dalam Riwayat Ahmad, Rasulullah SAW bersabda:

Iklan

ﺇِﻥَّ ﺃَﻋْﻈَﻢَ ﺍﻟﻨَّﻜَـﺎﺡِ ﺑَﺮَﻛَﺔً ﺃَﻳَْﺴَﺮُﻩُ ﻣُﺆْﻧَﺔً

Yang bermaksud:

“Pernikahan yang paling besar keberkahannya ialah yang paling mudah maharnya.”

Tak salah nak ikut adat cuma pastikan ia tidak membebankan dan lebih baik ajaran yang dinyatakan di dalam Islam itu diamalkan kerana itu lebih afdal.

Baca juga: ‘Beauty is pain’, 4 tip elak sakit pakai tumit tinggi

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI