Suami buat tak tahu bila isteri tegur kesalahan, kena marah lagi adalah. Apa yang perlu dibuat…

SEBAGAI seorang isteri, menjadi tanggungjawab mereka untuk membantu suami dalam mengurus rumah tangga selain memenuhi keperluan suami.

Malah, segala perintah suami juga perlu dipatuhi kecuali perkara yang bercanggah dengan syariat Islam.

Andai isteri melakukan kesilapan, ada suami di sisi untuk menegurnya. Tindakan itu tidaklah dianggap pelik kerana sememangnya menjadi tanggungjawab suami untuk mendidik isteri.

Namun begitu, jika suami yang berbuat salah pula, bagaimana? Apakah cara teguran yang terbaik supaya suami tidak berkecil hati dengan isteri?

Iklan
Iklan

Bagaimana pula jika nasihat sudah diberi, tetapi suami enggan mengendahkannya, sebaliknya isteri tadi dimarahi pula? Tambah-tambah lagi isteri yang menegur suami mualaf supaya mengikuti ajaran Islam. Apakah yang perlu dilakukan oleh isteri tadi?

Pendakwah terkemuka, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid menjelaskan, nasihat adalah cara yang terbaik untuk mengingatkan dan merubah orang lain.

Jelas beliau, agama merupakan nasihat. Justeru, memberikan nasihat adalah hak orang Islam dengan orang Islam yang lain.

“Nasihat ini ertinya menginginkan kebaikan daripada orang dengan cara yang terbaik atau menginginkan perubahan orang lain kepada lebih baik dengan cara yang terbaik.

“Menjadi satu kekeliruan bila mana cara menegur dan menasihati adalah dengan cara yang tidak sopan atau kasar atau dengan cara menengking atau cara yang menyakitkan perasaan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan dalam Instagram miliknya baru-baru ini.

TEGURLAH kesalahan suami dengan berhemah, sopan dan berlemah lembut.

Habib Ali Zaenal Abidin mengingatkan umat Islam agar berikan nasihat umpama orang yang memberi madu sudah bersih dan tidak lagi bercampur dengan sarangnya.

“Nasihatilah dengan cara yang baik. Gunakan semua cara yang lemah lembut (sama ada kepada suami mahupun orang lain),” katanya

Menjawab persoalan tentang nasihat isteri yang tidak diterima oleh suaminya, agamawan itu menjelaskan, gugurlah tanggungjawab isteri untuk menegur.

“Itu pun seandainya segala cara dilakukan dengan penuh kelembutan dan kebaikan ketika menasihati suaminya hingga sampai peringkat isteri sudah berputus asa kerana keengganan suami mendengar nasihat dan teguran,” katanya.

Justeru, tegur dan nasihatilah suami andai mereka melakukan kesilapan. Jangan biarkan mereka terus hanyut dengan kealpaan mereka apalagi terhadap ajaran Islam.

Sumber: Instagram habibalizaenalalhamid

Share
Nurulfatiha

Biodata Penulis

Published by
Nurulfatiha

Recent Posts

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

42 mins ago

Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’ Momen paling indah…’

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…

2 hours ago

Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…

2 hours ago

‘Awak nak teman, ‘instant family’ silakan… bukan bab anak’. Yasmin Hani pilih pasangan kewangan stabil bina keluarga

KEWANGAN stabil, menerima diri serta anak-anak merupakan kriteria utama pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih…

3 hours ago

‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

'DIA my bestie, tempat meluahkan macam-macam. Orang yang tidak pernah jemu beri semangat. Penasihat yang…

3 hours ago

Kenal tak sampai setahun terus dilamar, Afifah sifatkan Syed Hariz tak buang masa. ‘Terima kasih cipta kisah cinta yang indah’

SELAMAT pengantin baharu diucapkan buat pelakon Afifah Nasir yang kini bergelar suri hati kepada kepada…

7 hours ago