KADANGKALA rasa ‘lemau’ nak ke tempat kerja dan memulakan tugas bukan? Bukan senang nak menaikkan semangat diri sendiri.

Namun begitu, jangan terbawa-bawa dengan emosi tersebut. Kelak nanti diri kita sendiri yang rugi. Justeru perlu sentiasa berusaha memperbaiki diri.

Bagi yang nak menaikkan semangat pagi tu, apa kata ikuti perkongsian ini.

Tip cegas dan cerdas di ofis setiap pagi

Satu benda yang saya syukur dapat buat bila dah kerja office hour ni adalah saya boleh lakukan rutin pagi saya dengan konsisten.

Jika dahulu, tidak berpeluang duduk di meja sendiri & selalu kerap kerja di luar ofis maka jarang dapat buat secara konsisten. Tetapi sekarang alhamdulillah, dan kawan-kawan yang kerja ofis pun boleh buat.

Apa rutin pagi itu?

Insha-ALLAH saya kongsikan sedikit untuk inspirasi kawan-kawan semua:

1. Solat Dhuha

Sampai je ofis, lari kejap pegi surau.
Solat 2 rakaat.

Lamakan part sujud terakhir tu, selain daripada bagus untuk blood circulation ke otak di waktu pagi (buat kita lagi fresh nak mula kerja), waktu sujud ini panjatkan doa yang kita nak.

Contoh nak dipermudahkan urusan kerja ke, nak minta ALLAH murahkan rezeki duit gaji ke, minta time ni.

2. Baca al-Quran

Bila dah jadi ibu, kadang-kadang terkejar masa nak duduk baca al-Quran. Jadi saya memang letak satu al-Quran di ofis, sebelum mula kerja mesti buka dan baca al-Quran dahulu.

Saya perasan fokus saya pada kerja semakin bagus bila mulakan dengan bacaan al-Quran.

Sebenarnya membaca al-Quran akan stimulate otak kita, sebab nak proses sebutan huruf itu perlukan konsentrasi dan fokus, jadi awal-awal kita dah latih otak.

Iklan

Bagus, kan!

Artikel berkaitan: 5 tip motivasi untuk berjaya

3. Zikir ringkas

Biasanya waktu mula buka laptop, saya pasang dahulu zikir atau baca sahaja selawat @ doa makthurat.

Simple je, tapi rutinkan untuk baca hari-hari.

Iklan

Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki saya sekarang sebab bukan semua orang diberi peluang masa begini. Jadi, apabila ada peluang itu kita gunakanlah sebaiknya.

Sayang jika nak pergi ofis penampilan kita dah tip top, tapi persediaan rohani kita terlupa pula. Sebagai seorang muslim, inilah ritual pagi yang penuh manfaat pada otak dan badan kita.

Kalau tak buat memang rugi.

Insha-ALLAH, moga dapat memberi inspirasi untuk semua amalkan juga.

Kredit: Nadiah Norudin