BERSEDEKAH merupakan amalan yang digalakkan oleh umat Islam untuk melaksanakannya selagi niat pemberian itu ikhlas.

Sedekah bukan hanya berbentuk wang semata-mata tetapi jasa dan amal kebaikan juga dikategorikan sebagai sedekah.

Sudah menjadi kebiasaan sedekah diberikan kepada orang lain selain keluarga. 

Walhal, ahli keluarga merupakan golongan yang wajar diberi keutamaan apabila bersedekah. 

Keutamaan ini ada disebut di dalam Hadis Riwayat Muslim yang bermaksud:

“Ada dinar yang kamu infakkan di jalan ALLAH, dinar yang kamu infakkan untuk memerdekakan budak dan dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin. Namun dinar yang kamu keluarkan untuk keluargamu (anak-isteri) lebih besar pahalanya.”

Ini membuktikan bahawa sedekah kepada ahli keluarga itu lebih mulia di sisi ALLAH. 

Namun, Islam bukanlah tidak menggalakkan bersedekah kepada orang lain tetapi sedekah yang lebih besar pahalanya adalah sedekah kepada ahli keluarga.

Jika difikirkan semula, ada benarnya kerana mengapa menghulurkan bantuan kepada orang lain sedangkan ahli keluarga sendiri masih berada dalam keadaan tidak mencukupi.

Justeru, lebih afdal sedekah itu diberikan kepada ahli keluarga yang memerlukan.

Baca juga: Menyambung Bulu Mata Itu Cantik Tapi Apakah Sebenarnya Hukum Di Dalam Islam

Iklan

Berikut merupakan fadilat bersedekah yang dijelaskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang ada disebut di dalam hadis dan al-Quran:

  • Harta tidak berkurangan (Hadis Riwayat Muslim, 2588)
  • Memperoleh pahala berlipat kali ganda (Surah al-Baqarah, 251)
  • Bukti keimanan kepada ALLAH SWT (Hadis Riwayat Muslim, 223)
  • Masuk syurga melalui pintu sedekah (Hadis Riwayat Bukhari, 1764)
  • Menghapuskan dosa (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 614)
  • Selamat dari musibah (Hadis Riwayat Imam Baihaqi, 4/189)
  • Mendapat naungan di hari akhirat (Hadis Riwayat al-Bukhari, 660)
  • Ubat kepada penyakit (Hadis Riwayat at-Tabrani 10198)
  • Menjauhkan seseorang dari api neraka (Hadis Riwayat al-Bukhari, 3595)
  • Terlindung dari mati dalam keadaan buruk (As-Syuthi, 5126)

 

Di bulan yang mulia ini, perbanyakkan amal ibadah supaya mendapat keberkatan yang berpanjangan. 

Selamat beramal!

Iklan

Baca juga: Ketahui 4 Perkara Yang Patut Dielakkan Ketika Berniaga Menurut Islam

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI