[VIDEO] Kaedah yang betul lupuskan sejadah lama…

SETIAP kali menunaikan solat, kebanyakan kita gemar menggunakan sejadah sebagai alas tempat solat.

Masakan tidak, kita sudah terbiasa menggunakannya sejak mula-mula diajar untuk menunaikan ibadah fardu berkenaan.

Malah, apabila menunaikan kewajipan itu di mana-mana, sejadah tetap akan digunakan. Bahkan, ada yang sanggup mengusung sejadah ke mana-mana sebagai kemudahannya untuk solat.

Iklan
Iklan

Apatah lagi, ketika musim pandemik Covid-19 kini, semua orang perlu membawa sejadah masing-masing jika ingin mengerjakan solat di rumah ALLAH.

Seandainya sejadah yang biasa kita gunakan sudah lama dan usang, bagaimanakah caranya untuk kita melupuskannya?

Bolehkah ia dibuang begitu sahaja? Apakah kaedah terbaik melupuskan sejadah tadi?

Jelas pendakwah Ustazah Nik Nur Adneen Ismail

atau lebih dikenali sebagai Da’i Adneen, sejadah yang lazimnya menjadi alas tempat kita bersujud itu diperbuat daripada kain dan benang.
DA’I ADNEEN

Justeru, jika ingin melupuskan sejadah lama atau sudah lusuh, boleh sahaja kita membuang alas solat berkenaan sebagaimana kita membuang pakaian yang telah lusuh, ujarnya.

“Namun, kita perlu pastikan bahawa sejadah yang ingin dilupuskan itu tidak mengandungi ayat-ayat al-Quran.

“Selain itu, kita dibolehkan untuk membakar sejadah tersebut atau mengitar semula sejadah tersebut,” jelas beliau.

Apa-apapun sebelum membuang sejadah lama, pastikan terlebih dahulu alas yang menjadi tempat sujud kita tidak mengandungi kalam ALLAH.

Ini kerana kita tidak boleh sembarangan membuang apa sahaja barang yang mengandungi ayat-ayat ALLAH begitu sahaja. Ada kaedah yang diajarkan oleh Islam untuk melupuskannya.

(Artikel berkaitan: Hukum mencium al-Quran, ramai yang masih keliru tentang perkara ini. Jom hadamkan penjelasan pendakwah ini)

Foto: Freepik & Bernama

Share
Nurulfatiha

Biodata Penulis

Published by
Nurulfatiha

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

5 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

6 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

6 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

9 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

11 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

12 hours ago