SEGELINTIR wanita adakalanya terganggu apabila tibanya waktu datang bulan. Maklum sahajalah, bukan setakat tidak selesa, malah ada yang sakit perut dan pinggang pada waktu itu.

Pada masa sama, emosi juga kadangkala tidak begitu stabil seperti hari-hari biasa. Ada sahaja perkara yang tidak kena. Barangkali kerana perubahan hormon pada badan.

Ketika tempoh keluarnya darah kotor itu juga, kaum Hawa tidak dibolehkan untuk menunaikan solat. Ia sehinggalah mereka telah bersih sepenuhnya daripada haid berkenaan.

Walaupun dilarang untuk mengerjakan solat fardu, hakikatnya, golongan wanita masih boleh melakukan ibadah sunat yang lain seperti berzikir, berdoa dan lain-lain.

Amalan doa wanita periodUsahlah risau kerana kita masih boleh mengumpul pahala sepanjang tempoh period berkenaan. Semuanya bergantung kepada diri sendiri sama ada mahu atau tidak untuk melakukannya.

Ketahuilah, dalam pelbagai jenis doa, ada satu doa yang begitu istimewa boleh diamalkan oleh kaum wanita ketika kita datang bulan.

Pendakwah Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli ada berkongsikan doa berkenaan dalam sebuah video baru-baru ini.

Doa itu berbunyi, Alhamdulillahi ‘ala kulli halin, wa astaghfirullaha ‘ala kulli zambin (Segala puji bagi ALLAH atas segala perkara, aku mohon ampun dari-MU ya ALLAH atas segala dosaku).

Syeikh Muhd Zainul Asri menjelaskan, doa itu boleh dibacakan terutama pada waktu solat.

Amalan doa wanita period

Mereka yang melazimkannya ketika itu akan memperoleh ganjaran pahala umpama dirinya sedang menunaikan ibadah solat.

“Biasakanlah mengamalkan doa ini ketika setiap kali masuk waktu solat,” tuturnya sebagaimana dipetik menerusi video berkenaan yang dikongsikan menerusi Instagram @jom_dakwah.

(Artikel berkaitan: Wanita datang bulan tetap boleh kumpul pahala dengan 5 perkara ini)

Memetik artikel yang disiarkan dalam blog shafiqolbu.wordpress.com, ungkapan doa itu pernah diriwayatkan oleh Aisyah RA sebagaimana dipetik menerusi Kitab Durratun Nasihi Fil Wa’zi wal Israr.

Iklan

Terdapat banyak kelebihan jika seseorang wanita yang datang bulan membaca doa tersebut pada hari pertama darah kotornya keluar.

Antara kelebihan itu termasuklah dihapuskan segala dosa-dosa yang telah lalu, dipermudahkan perjalanan darah haid, mendapat pahala beribadah sepanjang period, meraih pahala 40 orang syahid, selamat daripada azab api neraka dan dipermudahkan melalui titian sirat.

Subhanallah, begitu banyak rupanya kelebihannya. Apa kata, kita sama-sama amalkan selepas ini.

Iklan

Semoga doa ini akan memberi manfaat dan meraih imbalan yang akan membentuk dividen kita di akhirat kelak. Amin.

Sumber: Instagram jom_dakwah, @syeikhmuhdzainulasri & shafiqolbu.wordpress.com

Foto: Freepik