• Monday , 25 May 2020

Air jualan tumpah, tak dapat beli baju raya, nasib ada yang tolong

May 22, 2020
Farah Eliani

APABILA kita dalam kesusahan, bukan semua orang ‘hulur tangan’ bagi membantu kan?

Namun, berlainan pula berlaku kepada salah seorang ahli di dalam grup Facebook Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) yang dikenali sebagai Khan Putra.

Menurut postingnya di wall grup berkenaan, kesemua air minuman yang ingin dijualnya terjatuh lalu tumpah dan menyebabkan ia tidak dapat dijual kepada orang ramai.

“Tak tau nak nangis atau gelak.

“Baru nak start meniaga cari duit buat beli baju raya last-last habis semua ke tanah,” tulisnya.

Posting itu telah mendapat 87 share dan 13.5 ribu like dan rata-rata ahli lain di dalam grup FB berkenaan turut bersimpati dengan nasib lelaki itu.

Pemilik akaun Facebook bernama Syah Hop turut memberi respon kepada posting berkenaan.

“Bro, nak baju raya boleh Whatsapp saya, saya bagi percuma untuk raya ni.

“Nanti saya COD sebelum raya,” tulisnya di ruangan komen.

Menurut @asnawiyusof di akaun Twitternya, inilah sikap yang sangat diharapkan.

“Inilah bukti brotherhood para suami dan bakal suami dalam grup Facebook SMAHI.

“Ada bro yang dalam susah, ramai bro lain sudi dan sedia membantu dan kita juga bantu isteri dan keluarga hal-hal rumah.

“Barulah #lelakisegak,” tulisnya.

Jadi buat orang ramai, sama-samalah kita bantu orang yang dalam kesusahan bergantung kepada kemampuan kita.

Hari ini kita tolong orang, mana tahu esok lusa orang lain bantu kita pula kan?

#RantaianKasih.

Sumber: @asnawiyusof

Komen

About Farah Eliani

Biodata Penulis