'Selamat datang Muhammad Jarir Umar' - Amira Othman, Fattah Amin timang cahaya mata pertama

No Image Caption
A
A
A

PASANGAN selebriti popular, Amira Othman dan Fattah Amin selamat menimang cahaya mata pertama mereka 6.20 petang Selasa.

Berita gembira itu dikongsikan Fattah menerusi laman sosial Instagram.

"Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan baby kami jam 6.20 petang semalam," titipnya.

No Image Caption

Dalam hantaran sama, Fattah menitipkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan

"Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati mommy dan daddy," kongsi Fattah.

No Image Caption

Amira mengumumkan dirinya sedang hamil pada usia kandungan tujuh bulan April lalu.

Sekadar info, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor.

Artikel Berkaitan:

Fattah terdahulu memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya hasil  perkahwinannya dengan usahawan Nur Fazura.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang