Pelakon veteran Kamarool Yusoff  (Cik Man) meninggal dunia pada usia 67 tahun

No Image Caption
A
A
A

DUNIA hiburan tanah air diselubungi duka menerima berita aktor Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali sebagai menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi.

Kamarool yang lebih dikenali dengan pengalaman Cik Man dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tanah Merah, Kelantan.

Penyampai radio Issey Fazlisyam terdahulu berkongsi khabar pilu itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

No Image Caption

"Allahuakbar. Sebak dan luluhnya rasa. Seniman yang saya sayang dan rapat dengan macam abang sendiri sudah pergi meninggalkan kami. 

"Allahuakhbar. Innnalillahiwainnailaihirajiun. Khabar ini dapat tahu dari anaknya sendiri

"Sangat sebak dan ralat apabila saya sekarang berada di Bandung, Indonesia. ALLAH. Al Fatihah untuk kekanda saya Kamarool Haji Yussuf @ Cik Man," titip Issey.

Terdahulu, pelawak Amir Raja Lawak berkongsi keadaan Allahyarham Kamarool  ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) susulan masalah saluran jantung tersumbat.

Allahyarham yang terkenal dengan watak antagonis itu membuat kemunculan sulung membawa watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986.

Artikel Berkaitan:

Empat dekad dalam industri, antara filem lakonan seniman ini ialah Rozana Cinta 87, Cerita Hantu Malaysia, Rock, Rock Oo, Rock Bro!, Mael Totey The Movie dan filem aksi fantasi Abu Si Raksasa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang