'Kasih abang peluk adik...' Ibu dan dua anak maut dalam kebakaran
PILU! Tiga Seorang ibu dan dua anak lelakinya maut dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa, malam tadi.
Mangsa dikenal pasti sebagai Noraini Ibrahim, 49, serta dua anaknya, Khairul Nurhaziqq Khairulnizam, 18, dan Khairul Nurhadiff Khairulnizam, 11.
Menurut jiran yang enggan dikenali, dua daripada tiga mangsa ketika ditemukan dalam keadaan berpelukan.

"Menyayat hati, kasih abang peluk adik.
"Kedua-duanya ditemui di tingkat atas rumah berhampiran tingkap," katanya ketika dihubungi SinarPlus.
Difahamkan, Noraini merupakan isteri kepada Khairul Nizam Wahid yang turut dikenali sebagai Yon Catering.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Md Nor berkata, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dikejarkan ke lokasi.

Memetik Sinar Harian, jentera pertama tiba di lokasi jam 10.49 malam dan segera melakukan operasi pemadaman.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di situ, sebuah rumah teres dua tingkat sedang terbakar dengan kemusnahan dianggarkan 50 peratus.
“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom untuk tindakan lanjut.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

