• Monday , 25 May 2020

Covid-19: Petunjuk pertama perkembangan vaksin

May 21, 2020
Farah Eliani

MERUJUK laporan BBC News bertarikh 18 Mei, sebuah syarikat di Amerika Syarikat sudah menunjukkan petunjuk pertama vaksin Covid-19.

Vaksin tersebut dikatakan dapat melatih sistem kekebalan tubuh badan bagi melawan wabak berkenaan.

Menurut laporan akhbar itu, percubaan yang lebih besar untuk melihat sama ada perlindungan terhadap jangkitan dijangka bermula pada bulan Julai.

Moderna, individu pertama yang menguji mengenai eksperimen vaksin yang disebut mRNA-1273.

Ia tidak mampu mengkaji penyebab jangkitan atau gejala Covid-19, tetapi cukup untuk memprovokasi tindak balas daripada sistem imun.

Walau bagaimanapun, ujian untuk antibodi peneutralan itu hanya dilakukan pada lapan orang yang pertama daripada 45 orang yang menjalani percubaan.

Moderna turut menyatakan bahawa walaupun individu mengambil dos terendah, namun mempunyai antibodi pada tahap yang sama yang dapat dilihat pada pesakit yang pulih akibat Covid-19.

Kegembiraan itu turut dikongsi Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Safiya Amaran menerusi Facebook miliknya.

“Alhamdulillah syukur dengan update fasal vaksin ini.

“Walaupun masih lama lagi tapi sudah ada sedikit perkembangan.

“Yang paling nak sekali ialah supaya tahun depan semua dapat pergi haji tanpa perlu rasa risau pasal pandemik koronavirus ini, Aamiin..,” tulisnya.

Vaksin Oxford

Vaksin yang dipelopori oleh University of Oxford juga sedang diuji pada orang, tetapi belum ada hasil daripada percubaan tersebut.

Namun, kebimbangan telah dikemukakan mengenai hasil eksperimen pada monyet.

Prof Eleanor Riley dari University of Edinburgh berkata, sekiranya hasil serupa diperoleh pada manusia, vaksin kemungkinan akan memberikan perlindungan separa terhadap penyakit pada penerima vaksin tetapi tidak mungkin mengurangi penularan dalam kalangan masyarakat.

Sumber: BBC News

Komen

About Farah Eliani

Biodata Penulis