18 tulang rusuk, dua kaki patah, kepala lebam digoncang, bayi 10 minggu maut angkara ibu sendiri

TRAGIS! Bayi 10 minggu maut selepas mengalami kecederaan parah di London, United Kingdom (UK). 18 tulang rusuk, patah kaki, kepala lebam digoncang, Lily-Mai maut angkara ibu sendiri.

Mirror UK berkongsi kisah menyayat hati berlaku ke atas seorang bayi pramatang yang baru sahaja sembilan hari pulang ke rumah selepas menghuni wad neonatal di hospital.

Detik hitam yang meragut nyawa Lily Mai berlaku pada 31 Januari 2018, hanya beberapa jam selepas lawatan pekerja sosial meraih perhatian warga maya.

Baca juga: Lelaki pun boleh meroyan lepas isteri bersalin, 8 tip ini amat membantu

Memetik Metro UK, ibu Lily-Mai, Lauren Saint George, 25, yang mengalami kemurungan h menggoncang Lily-Mai dengan ganas, menarik dan memulas kakinya.

Lily-Mai meninggal dunia di Hospital Great Ormond Street pada 2 Februari 2018 selepas pakar bedah mematikan mesin sokongan hidupnya kerana tahap kerosakan otaknya.

Difahamkan sebelum itu, pihak hospital menasihatkan supaya Lily-Mai tidak dihantar pulang. Sister Unit Neonatal, Deborah Hodge bimbang bayi itu diabaikan.

Kebimbangan dibangkitkan susulan kesihatan mental Saint George, kebolehannya menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Malah wanita itu tidak menunjukkan kesungguhan dalam menjalankan komitmen terhadap Lily-Mai.

Baca juga: Misteri bayi hilang dikatakan dilarikan makhluk halus, tapi rupa-rupanya.

Iklan
Iklan
..
Saint George dan Hurrell kehilangan tempat tinggal semasa Lily-Mai dilahirkan.

Ibu berkenaan dikatakan enggan melawat bayinya selepas empat hari dimasukkan ke wad neonatal. Apabila melawat, Saint George berdiri dan membelakanginya.

Ibu itu juga turut memberitahu kakitangan wad bahawa dia ‘membenci’ tangisan Lily Mai dan berharap bayinya menangis dan bukannya mengerang.

Walaupun situasi meragukan, pada 22 Januari 2018 Lily-Mai setelah dua bulan di Hospital Barnet, utara London, si kecil itu dihantar pulang dengan pemantauan perkhidmatan sosial.

Hanya sembilan hari dalam jagaan ibu bapa sendiri, Lily-Mai diperlakukan dengan kekerasan.

Saint George menggoncang Lily-Mai dan menyebabkan kecederaan pada kepala yang membawa maut dan menyebabkan 18 patah tulang rusuk, patah kedua-dua belah kaki dan kepalanya lebam.

Baca juga: Bayi pramatang ajaib ‘terkeluar’ dari rahim ibu maut dihempap lori, hidup, berikut kejadiannya

Si ibu menyalahkan Lily-Mai kerana mengancam hubungannya dengan Hurrel

Hakim mengatakan kematian Lily-Mai dapat dielakkan sekiranya bayi itu tidak dilepaskan ke bawah jagaan ibu bapanya.

“Adalah jelas anda tertekan, mengalami kesan kelahiran Lily-Mai pada masa anda melakukan perbuatan yang menyebabkan kematiannya.

“Kematian Lily-Mai hampir pasti dapat dielakkan jika dia tidak dilepaskan ke dalam jagaan dua orang yang sangat tidak sesuai untuk menjaganya,” katanya.

Baca juga: Kejam! Kelar isteri, bayi, larikan diri berbogel, berikut kronologi kejadian

FAHAMI MEROYAN DAN POSTPARTUM PSYCHOSIS

Kemurungan selepas bersalin usah dipandang ringan. Pada tahap yang serius, ia boleh membahayakan nyawa bayi dan ibu sendiri.

Jangan ambil mudah pergolakan emosi yang disebabkan oleh pelbagai faktor iaitu persekitaran dan perubahan hormon di dalam diri ibu selepas bersalin.

Penurunan hormon estrogen, progesteron dan tiroid boleh menyebabkan perubahan psikologi yang boleh mencetuskan keadaan yang dikenali sebagai meroyan.

Tambahan pula jika kehamilan tersebut tidak dirancang atau ibu mengalami tekanan emosi yang berlebihan, perubahan psikologi yang tidak sihat ini boleh berlaku.

10 INFO POSTPARTUM DEPRESSION (MEROYAN)  & POSTPARTUM PSYCHOSIS

1-Kira-kira 13 peratus daripada ibu-ibu mengalami postpartum depression lebih dari dua minggu sehingga setahun selepas kelahiran.

2-Simptomnya ialah rasa bersalah, tertekan, kurang selera makan, murung, sukar tidur atau terlebih tidur, cubaan membunuh diri/anak, kurang selera makan dan keletihan.

3-Ia boleh berpanjangan sekiranya tidak dirawat segera.

4-Meroyan jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk iaitu postpartum psychosis.

5-Seramai 0.01 peratus daripada ibu mengalaminya dalam tempoh tiga bulan pertama selepas bersalin.

6-Ibu yang mengalami postpartum psychosis akan mengalami halusinasi, melakukan perbuatan yang luar daripada kebiasaan, memiliki pergerakan yang terbatas serta penglihatan yang kabur.

Gambar hiasan

7-Perubahan emosi yang ketara ini kerap bagi pesakit gangguan bipolar, skizofrenia atau gangguan psikiatri yang lain.

8-Pada tahap yang teruk, ia dirujuk sebagai kes kecemasan bagi psikiatri dan perlu rawatan dan pantauan pakar.

9-Ibu yang mempunyai sejarah ibu atau adik beradik perempuan mengalami postpartum psychosis berisiko tinggi mengalami masalah ini.

10-Wanita yang pernah meroyan pada kelahiran bayi sebelum ini berisiko mengalaminya ketika kelahiran seterusnya.

Wanita selepas bersalin perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan gangguan emosi dengan beberapa langkah. Dapatkan kumpulan sokongan seperti ahli keluarga, rakan-rakan kumpulan sokongan penyusuan.

PERANAN SUAMI DAN KELUARGA SOKONG EMOSI 

Sebagai orang terdekat, suami dan ahli keluarga perlu peka dengan perubahan emosi ibu selepas bersalin.

Sokongan daripada ahli keluarga pada peringkat awal boleh mengelakkan terjadinya gangguan psikologi seperti meroyan.

  1. Elakkan ibu selepas bersalin bersendirian.

2. Si ibu mungkin mengalami tekanan perasaan, kekecewaan, marah atau rasa sunyi. Sentiasa berkomunikasi atau berbual dengannya untuk mengelakkan berlakunya halusinasi dan suara-suara ‘ jahat’ yang menghasut melakukan perkara negatif (evil talk)

. Dengar pendapat dan elakkan daripada menyakiti hatinya.
Gambar hiasan

3. Berikan sokongan dan bantuan. Fahami peranan dan tanggungjawab anda sebagai suami atau ahli keluarga. Bantu si ibu menguruskan diri, bayi dan keperluan anak-anak lain.

4. Kurangkan lawatan dari luar supaya ibu boleh berehat dan menggunakan masa berkualiti dengan bayi.

5. Pastikan ibu mendapat nutrien yang mencukupi, senaman dan rehat.

Sumber: Mirror UK, The Sun UK, Metro UK

Baca juga: [VIDEO] Ibu bersalin dengan bantuan jiran dalam banjir aras leher runtun hati ramai

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

3 hours ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

6 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

6 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

8 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

12 hours ago