‘Impian hidup ingin ke Makkah.’ Tunai umrah bersama Mike Tyson, DJ Khaled menangis di depan Kaabah

‘Impian hidup ingin ke Makkah.’ Tunai umrah bersama Mike Tyson, DJ Khaled menangis di depan Kaabah

BERPELUANG menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk menunaikan haji dan umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup menjadi impian setiap umat Islam.

Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kegembiraan seandainya peluang itu datang menerp.

Demikian juga yang dirasai oleh komposer yang juga penyanyi terkenal antarabangsa, DJ Khaled.

Baca ni Kisah cinta klasik sejak usia 9 tahun. Kenali Antonella Roccuzzo, wanita di sebalik kejayaan Lionel Messi

Menerusi media sosial Instagramnya, pemilik nama sebenar, Khaled Mohammed Khaled yang juga seorang penyanyi rap Amerika Syarikat mengakui sudah lama ingin ke Makkah untuk menunaikan umrah.

Iklan
Iklan

Bahkan, akuinya, itu adalah impian terbesar yang ingin dikecapinya dalam hidup.

“Sebaik saja menjejakkan kaki ke kawasan Makkah, air mata kegembiraan saya mengalir. Memang impian hidup saya untuk ke Makkah dan beribadah serta meluahkan rasa syukur kepada ALLAH,” ujar penyanyi lagu I’m The One itu lagi dengan nada penuh emosi.

MENAHAN SEBAK

Pada masa sama, penyanyi rap berusia 47 tahun tersebut turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang menunaikan ibadah umrah buat kali pertama bersama-sama dengan legenda tinju dunia tersohor, Mike Tyson.

Baca ni Dulu penyampai radio, kini Alex Hirschi menjadi pempengaruh kereta wanita terkaya di dunia

Sebaik menghadiri Festival Filem Laut Merah, beliau dan Tyson terus ke Tanah Suci.

Menariknya, dalam reels Instagram yang dimuat naik, mereka berdua berpakaian ihram. Turut sama mengerjakan ibadat mulia berkenaan ialah bapa Tyson.

Paling menyentuh perasaan, DJ Khaledd dilihat seperti tidak dapat menahan rasa sebak sebaik sahaja melakukan tawaf mengelilingi Kaabah.

Doanya juga amat mengharukan ramai. Beliau antara lain mengucapkan: “Saya berdoa untuk dunia agar lebih banyak kasih sayang, kehidupan yang lebih tenang dan bahagia, kesihatan yang baik serta kita sentiasa dilindungi. ALLAH MAHA HEBAT. Semoga diberkati saudara saya, Tyson.”

Doa kita moga kedua-duanya mendapat umrah yang mabrur.

Baca ni ‘Saya bangga dan sayang ayah.’ Tak malu sarungkan baju kerja ayah dalam pertandingan di sekolah, kisah adik Auni bikin sebak!

Sumber: Instagram djkhaled

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

‘Copy paste maknya, muka kak Engku masa muda.’ Wajah anak perempuan seiras Raja Azura jadi perhatian ramai

SEBUT sahaja nama Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku, pasti ramai terbayang karakternya yang…

10 mins ago

Que Haidar tunai umrah & haji berlepas ke Tanah Suci, pelukan adik-beradik di lapangan terbang undang sebak

PELAKON, penerbit, dan pengarah popular Que Haidar berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah dan…

54 mins ago

Bercinta setahun, lelaki terkejut identiti ‘isteri’ terbongkar selepas berkahwin

  PENYAMARAN seorang 'wanita' akhirnya terbongkar selepas berkahwin dengan seorang lelaki di Cianjur, Jawa Barat…

3 hours ago

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

16 hours ago

Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’ Momen paling indah…’

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…

17 hours ago

Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…

17 hours ago