Isteri guna khidmat tukang peluk profesional gantikan tempat suami sebab tinggal jauh

DALAM era serba canggih dan moden hari ini terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang ditawarkan yang dianggap lazim seperti guru, doktor, jurutera, peguam dan pelbagai lagi yang semestinya menjadi buruan calon lepasan universiti.

Namun, terdapat juga beberapa jenis pekerjaan yang dianggap sangat pelik sehingga kita juga meragui kewujudannya.

Salah satu daripadanya adalah pemeluk upahan profesional! Ya! Percaya atau tidak, jawatan tersebut sebenarnya wujud dan perkhidmatan tersebut sudah diguna pakai sehingga ke hari ini.

Buktinya, seorang wanita di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa dia telah menggunakan khidmat orang asing untuk memeluknya ketika berjauhan dengan suami.

Iklan
Iklan

Memetik laporan Daily Star, wanita yangh dikenali sebagai Saskia itu berkata, dia menggunakan khidmat jurupeluk melalui Cuddlist iaitu sebuah platform yang menawarkan khidmat pemeluk profesional.

Apa yang lebih memeranjatkan, suami Saksia sendiri sedia maklum dan langsung tidak kisah akan hal tersebut.

Wanita itu juga berkata, dia menggunakan khidmat Cuddlist selepas berpindah ke New York untuk menyambung kerjaya lakonannya.

Di sebabkan oleh perpindahan tersebut telah menyebabkan dia terpaksa tinggal berjauhan dengan suaminya yang dikenali sebagai Arthur untuk satu tempoh yang lama.

Oleh kerana berjauhan dan kesepian, Saksia nekad untuk mengupah pemeluk profesional bagi memenuhi nalurinya dan menemaninya ketika kesunyian dengan bayaran sebanyak AS$80 (RM332) sejam.

Rata-rata kenalan dan orang ramai menganggap perkara yang dibuat oleh wanita tersebut agak pelik tambahan pula dia seorang wanita yang sudah berkahwin.

Namun, wanita tersebut tidak hiraukan cakap-cakap orang kerana Saksia mendakwa dia sukakan perasaan disayangi dan bagaimana ia memberi kesan pada tubuhnya

Perkara tersebut kini tular setelah Saskia ditemu ramah dalam satu program televisyen yang dikenali sebagai Love Don’t Judge.

Sementara itu, suami Saskia juga menganggap aktiviti isterinya tidak melanggar integriti hubungan mereka dan mengakui meskipun mereka berdua menjalani hubungan monogami.

Arthur juga mengakui Saskia memang suka akan sentuhan dan selesa untuk berada di sekeliling orang lain.

“Kami kerap berpelukan apabila bersama, jadi saya faham mengapa dia memerlukan sentuhan seorang manusia,” jelasnya Arthur.

Pelik bukan? Namun, itu adalah cara, fahaman dan cara hidup masing-masing. Untuk makluman, jawatan tersebut juga sangat aktif di Jepun.

Mereka dibayar mengikut jam dan pekerja tersebut perlu meneman pelanggan dengan memeluk sehingga tidur atau hanya tidur di sebelahnya. Kebanyakan pekerja pula adalah wanita.

Di Malaysia SinarPlus harap tiada jawatan serupa ditawarkan! Tak senang duduk mufti agama kita nanti nak tangani isu ini pula!

Share
Meen

Biodata Penulis

Published by
Meen

Recent Posts

‘Awak lah dalam perut saya, 9 tahun kami tunggu.’ Pelakon Toq kini bergelar ayah, timang anak lelaki

SEMBILAN tahun menanti penuh sabar untuk menimang cahaya mata, pelakom elakon, Toq 40, erkongsi berita…

5 hours ago

Kanser ovari ‘pembunuh senyap’ wanita! Kenali gejala awal, rawatan komprehensif dan sokongan psikososial

KANSER ovari merupakan sejenis kanser yang bermula dalam ovari atau kilang telur wanita dan sering…

11 hours ago

Hujan lebat di Kuala Lumpur, pokok besar tumbang ragut satu nyawa, seorang cedera. 5 info perlu tahu

TIADA ribut, hanya hujan yang turun namun sebatang pokok bersaiz besar berdekatan Jalan Sultan Ismail,…

12 hours ago

Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah kini hamil cahaya mata ketujuh

PELAKON Ayu Raudhah mendedahkan beliau kini sedang hamil anak ketujuh. Perkara itu dikongsikan oleh kakaknya,…

14 hours ago

‘Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak

[DIKEMAS KINI] PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim yang disimbah asid oleh orang…

16 hours ago

‘Anugerah impian setiap pelakon tapi kualiti lakonan, beri terbaik kepada penonton fokus utama saya.’ – Mimi Lana

  ANUGERAH membawa kepada pencapaian dan pengiktirafan untuk kerja keras yang dilakukan oleh setiap insan…

16 hours ago