HARTANYA dianggarkan USD$ 1.3 bilion (RM5.74 bilion) pada usia 25 tahun, wanita berstatus bilionair ini dilaporkan hanya membeli kereta terpakai.

Tidak dinafikan sesiapa sahaja mengidamkan kekayaan pada usia muda. Seperti wanita yang dinobatkan bilionair wanita terkaya dunia bawah 30 tahun Forbes, Alexandra Andresen, 25, ini.

Alexandra Andresen dan kakaknya Katharina yang hanya berbeza umur setahun masing-masing mewarisi 42 peratus daripada syarikat pelaburan milik keluarga mereka iaitu Ferd.

Syarikat gergasi berkenaan yang merupakan salah satu syarikat swasta terbesar di Norway.

Baca juga: Pernah berhenti belajar, tapi jadi billionaire termuda dunia. Ini kisah pemuda hebat itu

Baca juga: Jutawan ‘low profile’ miliki hotel mewah 42 tingkat di tengah Kuala Lumpur

Alexandra Andresen (kiri) dan kakaknya Katharina.

Bapa Alexandra, Johan Andresen masih mengendalikan syarikat dan mengawal 70 peratus undian melalui struktur saham dwi-kelas.

Ferd merupakan syarikat menyediakan dana lindung nilai yang merupakan pelabur aktif di bursa saham di negara-negara Nordik dan mempunyai pelaburan ekuiti persendirian.

Menariknya, bilionair muda ini juga ekuestrian hebat dan pernah meraih juara junior Norway tiga kali dalam acara dressage.

Terkini, Alexandra menduduki tangga ke-2295 senarai bilionair dunia.

Menurut laporan CNBC, wanita itu mewarisi $1.4 bilion (RM6.18) sebelum hari lahirnya yang ke-20.

Dia pertama kali muncul dalam senarai bilionair Forbes pada 2016 ketika baru sahaja berusia 19 tahun. Forbes mengisytiharkannya sebagai jutawan termuda di dunia pada masa itu sebelum bintang realiti TV, Kylie Jenner merebut gelaran itu.

Baca juga: 7 wanita terkaya dunia 2022, taikun kosmetik paling top dengan RM329.31 bilion

Tidak seperti Jenner yang sering mempamerkan koleksi kereta mewah termasuk Range Rovers dan Rolls Royce, Alexandra dan kakaknya, Katharina, 26, dilaporkan mempunyai didikan yang lebih sederhana mengenai perihal pemilihan kereta.

Pada 2016, kakaknya, Katharina berkata , ibu bapa mereka mengajar mereka untuk tidak hidup terlalu boros terutamanya dalam hal kenderaan mereka.

Iklan

“Ayah mempunyai peraturan di mana kami boleh membeli kereta yang diidamkan, tetapi ia mestilah yang terpakai,” kata Katharina mengenai bapa mereka, Johan Andresen Jr.

Alexandra berjimat walaupun hartanya terlalu banyak jika dibandingkan dengan wanita seusianya yang lain.

Baca juga: Remaja paling kaya AS miliki berpuluh kereta ‘sport’, sayangnya tak boleh pandu

Alexandra sering mempamerkan gaya hidup sederhana

“Saya sebenarnya berjimat sepanjang masa dan menyimpan wang yang saya perolehi sama ada elaun mingguan daripada ibu bapa, wang tunai kemenangan (pertandingan ekuestrian) atau wang hadiah pada hari lahir,” kata Alexandra dalam wawancara 2014 dengan majalah korporat yang diterbitkan oleh Ferd.

Biarpun mengakui bahawa wang satu keperluan, Alexandra enggan bergantung kepada wang.

Malah dia dan kakaknya dididik ibu untuk tidak terlalu menonjolkan kemewahan mereka walaupun berstatus bilionair.

Iklan

Jika dilihat, laman sosial Instagram Alexandra tiada kelibat jenama mewah seperti Hermes atau Chanel. Ia hanya dipenuhi gambar-gambar kehidupan sederhana Alexandra bersama kuda, anjing kesayangan dan teman lelakinya.

Baca juga: Jutawan termuda di dunia berusia 9 tahun, miliki Bentley, terbang dengan jet peribadi

Sumber: CNBC, Forbes

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan