Macam-macam! Bomoh Jawa pakat ‘hantar’ jin lindungi Palestin, ritual sihir dan roket ghaib buat rejim Zionis

MUSIBAH berdarah yang melanda umat Islam di bumi Palestin baru-baru ini bukan saja menyuntik perasaan amarah rakyat negara ini, bahkan seluruh dunia.

Masakan tidak, serangan udara rejim Isrel terhadap penduduk di Gaza ketika bulan Ramadan dan Syawal memang cukup tidak berperikemanusiaan.

Media sosial seluruh dunia tidak henti-henti melaporkan tragedi mengerikan lebih-lebih lagi telah mengorbankan ratusan nyawa melibatkan anak kecil, wanita dan warga emas tidak berdosa.

Ya! Memang sakit hati dan sedih melihat ramai yang tidak bersalah terkorban begitu saja. Anak kecil kehilangan ibu dan ayah sekelip mata.

Iklan
Iklan

Foto dan video kekejaman zionis Israel yang tular dalam media sosial membuatkan ramai bangkit menunjukkan solidariti masing-masing terhadap Palestin.

Bukan saja Malaysia, negara jiran seperti Indonesia pun ada cara tersendiri menunjukkan sokongan mereka terhadap rakyat di Baitulmaqdis dan Gaza tersebut.

Lapor Kang Ujang Busthomi melalui perkongsian saluran Youtube mendedahkan, sekumpulan bomoh di Cirebon, Jawa, Indonesia yang melakukan ritual sihir dan roket ghaib untuk dihantar ke Isreal.

Ya! Bunyinya agak melucukan, tetapi itu dikatakan salah satu usaha bomoh Jawa tersebut yang cuba mahu membela nasib rakyat Palestin.

Lebih mengejutkan, mereka berpakat untuk menghantar jin bagi melindungi Baitulmaqdis dan Gaza daripada serangan roket, malahan tempoh penghantaran jin tersebut mengambil masa dua hari.

Dalam video berdurasi 22 minit 22 saat itu, individu yang dikenali dengan nama Ustaz Ujang Busthomi memaklumkan menerima pelawaan untuk hadir menyaksikan ritual tersebut.

Kunjungan beliau bersama pasukannya ke perkampungan Sinarancang tersebut melihat sekumpulan lelaki mengelilingi kain putih sambil membaca jampi serapah.

Tidak lama selepas itu, muncul lebih ramai lelaki yang masing-masing menutup mata mereka dengan kain merah dan hitam sebelum mengelilingi bulatan.

Aduhai, macam-macam ya penangan orang Indonesia ini yang sememangnya buat ramai terhibur dengan idea pelik-pelik sekali gus menarik perhatian umum.

Siapa sangka, video yang tular itu menerima lebih 868,000 tontonan dan lebih 34,000 tanda suka.

Ramai netizen mengikuti perkongsian video itu kerana Ustaz Ujang Busthomi merupakan seorang Youtuber terkenal dengan konten paranormal di Indonesia.

Pada akhir video tersebut, beliau turut mengingatkan bahawa aktiviti syirik boleh mengugat iman, meskipun dengan niat yang baik. Justeru katanya, bertawakal dan memohon pertolongan hanya pada ALLAH SWT.

Apapun kita sebagai umat Islam, jangan terpengaruh ya? Tetapkan iman kepada ALLAH SWT yang satu dan kepada-NYA kita memohon pertolongan.

Sesungguhnya, berita gencatan senjata antara rejim Zionis dan pejuang Hamas yang diumumkan semalam memberikan satu berita gembira. Pun begitu, tidak sampai 24 jam pun, negara itu kembali bergolak.

Moga bantuan dan sumbangan yang dihulurkan rakyat Malaysia sampai terus kepada penduduk yang terjejas supaya kebajikan mereka terbela sebaiknya. #selamatkanpalestine

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

4 hours ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

7 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

7 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

8 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

13 hours ago