Muka bewarna kuning lepas pakai masker kunyit

KUNYIT bukan saja dijadikan sebagai salah satu bahan dalam masakan namun tumbuhan ini mempunyai 1,001 khasiat untuk kecantikan luaran dan dalaman.

Kunyit amat popular dan telah digunakan sebagai bahan penjagaan kulit sejak zaman nenek moyang kita dahulu.

Kajian saintis kecantikan di barat turut meneroka pelbagai manfaat yang terdapat di dalamnya untuk dijadikan sebagai bahan alami yang terbaik untuk merawat pelbagai masalah kulit dan kecantikan.

Iklan
Iklan

Namun lain pula yang berlaku kepada seorang pengguna Twitter @ibuibuyakult yang mencuba memakai mask kunyit buat pertama kalinya.

Dalam perkongsian dua foto gadis Indonesia itu berkapsyen ibunya yang menyarankan dia menggunakan kunyit sebagai mask, namun dia terkejut apabila mendapati warna kuning kunyit itu tidak hilang dari mukanya selepas dibasuh.

Perkongsian gadis tersebut yang kelihatan sedikit kesal membuat warganet geli hati dan mengundang pelbagai komen nakal.

Kata mereka;

Aku juga pakai masker kunyit ini tapi tak jadi macam tu. Cuba kamu campur sama oatmeal dan susu. Jangan kunyit je semata.

Sama dengan saya. Lagilah pakai malam sebelum hari raya… Terus esoknya dikatanya saya penyakit kuning.

Saya pernah guna masker kunyit yang dicampur memang tak hilang. Terus saya gosok pakai sabun muka. Nasib baik hilang lepas tu.

Aku cuba hampir mencuba selepas tengok cerita Thai, Crazy Little Thing Called Love itu. Tapi tak berani nak cuba kerana tengok kalau kunyit di jari pun susah nak hilang.

Kalau masih tidak hilang juga, kamu boleh cuba pakai topeng Ultramen dulu buat sementara.

Artikel berkaitan: Jepun cipta pelitup muka mampu terjemah bahasa, bantu frontliner berkomunikasi jarak jauh

Namun menurut portal Hellodoktor, kunyit digunakan dalam perawatan kulit semula jadi seperti masker kunyit yang membantu mengurangkan parut dan berfungsi dengan baik di bahagian pori muka.

Menurutnya, komponen antioksidan dan antiradang yang terkandung dalam kunyit dikatakan dapat memberikan kilauan dan cahaya pada kulit serta memulihkan kulit.

Ia juga membantu mengurangkan kemerahan akibat jerawat dan memberikan kelegaan pada kulit bermasalah seperti ekzema dan rosacea.

Korang boleh mencuba membuat masker kunyit di rumah untuk melihat keberkesanan kunyit pada kulit anda. Mungkin serasi.

Cara penggunaannya adalah dengan mencampur sedikit yogurt Greek, madu dan kunyit, gaul rata dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum membilasnya dengan air.

Jadinya, pengajaran untuk kita sebelum memakai sesuatu, kena tahu cara dan tip terlebih dahulu.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

1 day ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

2 days ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

2 days ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

2 days ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

2 days ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

2 days ago