Rupanya kambing pun pandai pura-pura mati

July 30, 2020
Arziana Mohmad Azaman

MUSIM perayaan Aidiladha, pasti ramai yang sibuk menguruskan persiapan untuk ibadah korban.

Lebih-lebih lagi buat penternak yang lazimnya ‘masyuk’ apabila hasil ternakan laku keras dek kerana ditempah untuk ibadah korban.

Tak kira lembu mahupun kambing, pasti ada ‘ragam’ yang kelakar sempat dirakam untuk kenangan.

Seperti satu video yang sedang tular ketika ini. Memang ‘ngam-ngam’ waktunya di saat umat Islam sibuk menjalani ibadah sempena Aidiladha.

 

kambing lucu

Masakan tidak, kisah kambing berbulu putih ini pandai berlakon pura-pura mati ketika mahu ditangkap.

Tak sangka, si kambing pun ada ‘akal’ untuk melepaskan diri. Siap mati dua kali pula tu. Aduhai bikin hati warganet geli hati.

Video berdurasi 26 saat dari luar negara yang dikongsikan pemilik akaun Twitter, @leesasogood itu difahamkan tular sejak beberapa hari lalu sehinggakan mencuit hati sesiapa yang menonton.

kambing lucu

Apatah lagi siap tonton berulang kali dek kelakar bukan saja aksi si kambing tetapi suara latar orang gelak jadi tumpuan.

kambing lucu

Jangan tak percaya, kambing pun pandai berlakon…aduhai time macam ni pula kau muncul ya.

Nak kasihan ke nak marah ni? 😆

Gratitude yummi.club

About Arziana Mohmad Azaman

Biodata Penulis