Sakit perut, muntah, rupanya 1 kg cacing gelang bersarang dalam usus kanak-kanak

SAKIT PERUT dan muntah antara simptom ditunjukkan kanak-kanak di India ini yang membawa kepada penemuan satu kilogram cacing gelang di dalam ususnya.

Akibatnya kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu terpaksa dibedah di Hospital Daerah Poonch, India, berdekatan dengan sempatan Pakistan.

Lapor Daily Excelsior, kanak-kanak itu terdahulu mengadu tidak dapat membuang air besar, mengalami kesakitan dan kembung perut serta muntah dengan kerap.

Kredit foto: Semantic Scholar

Semasa pemeriksaan oleh doktor, ujian imbasan dilakukan pada abdomen. Doktor yang merawat mendapati usus kecil kanak-kanak lelaki itu tersumbat sepenuhnya dan dia dinasihatkan menjalani pembedahan.

Iklan
Iklan

Semasa pembedahan yang dijalankan oleh Pakar Perunding Bedah, Hospital Poonch, Dr Manav Datta dengan bantuan Pakar Bius, Dr Shafiq Choudhary dan Penolong Dewan Bedah, Sanjeev Sharma menyaksikan kehadiran segumpal cacing gelang yang juga dikenali sebagai Ascaris Lumbricoides.

Malah kehadiran parasit itu menjadi punca usus tersumbat. dianggarkan sekilogram cacing berkenaan dikeluarkan oleh doktor dalam pembedahan selama kira-kira satu jam.

Mengulas mengenai pembedahan itu, Dr Manav Datta berkata pembedahan sebegitu bukanlah jarang berlaku tetapi ia adalah kali pertama cacing gelang dalam kuantiti yang begitu besar ditemui dan dikeluarkan dari usus pesakit di hospital berkenaan.

Apa itu cacing gelang?

MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan cacing gelang atau Ascaris Lumbricoides adalah punca utama jangkitan cacing dalam kalangan manusia.

Jangkitan itu dinamakan ascariasis. Cacing gelang betina dewasa boleh mencapai ukuran sehingga 18 inci sementara cacing gelang jantan dewasa biasanya lebih pendek sedikit daripada cacing gelang betina.

Cacing dewasa tinggal di dalam usus kecil dan telurnya dikeluarkan bersama dengan najis.

Namun, apa yang menakutkan telur-telur cacing boleh tinggal di dalam tanah selama bertahun-tahun!

Bagaimanakah ia berjangkit?

-Kanak-kanak suka bermain di tempat yang lembab dan kotor.

-Telur-telur cacing gelang berjangkit melalui tangan yang tidak bersih dan di masukkan ke dalam mulut.

-Selain itu, mengambil makanan dan minuman air yang dicemari dengan telur-telur cacing gelang juga boleh menyebabkan jangkitan.

Apakah tanda-tanda dan gejala dijangkiti cacing?

Ramai kanak-kanak tidak mempunyai tanda-tanda dan gejala. Namun, kadang kala kanak-kanak turut mengadu sakit perut.

Jangkitan cacing yang teruk boleh menyebabkan saluran usus tersumbat dan mengakibatkan sakit perut yang teruk dan muntah kerap. Adakalanya cacing dikeluarkan melalui najis atau dimuntahkan keluar.

Pencegahan daripada parasit ini boleh dilakukan dengan mencuci tangan dengan sempurna sebelum mengendalikan makanan.

Elakkan daripada menyentuh tanah yang dicemari dengan najis manusia, buang lampin pakai buang di tempat yang pembuangan sampah serta menghindari makanan tercemar atau minum air yang dicemari semasa melawat tempat atau negeri yang tidak mempunyai sistem sanitasi yang sempurna.

Sumber: Daily Excelsior, MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

Wanita berjaya ‘sorok diri’ selama setahun di atas bumbung pasar raya, siap bina rumah lagi

  SEORANG wanita bertindak berani apabila membina ruang kediaman di atas bumbung sebuah pasar raya…

1 hour ago

Hampir RM60,000 wang lesap diperoleh semula, Dynas Mokhtar kongsi kronologinya. ‘Rupanya diguna untuk shopping online serata dunia’

HAMPIR empat bulan kehilangan wang simpanan berjumlah hampir RM60,000, pelakon Dynas Mokhtar bersyukur ia diperolehi…

6 hours ago

Waspada trimester pertama, ini tip penjagaan kehamilan awal penting elak risiko keguguran

BERITA tentang kehamilan merupakan satu khabar yang cukup menggembirakan. Bukan sahaja buat pasangan yang sudah…

7 hours ago

Lawanya! Wajah jelita Izara Aishah copy paste mama jadi perhatian. ‘Tiga generasi bersatu, cantik dan manis belaka’

HANYA memuat naik sepotong ayat berkenaan ibunya, media sosial milik Izara Aishah meraih perhatian ramai.…

9 hours ago

‘Saya tak mahu menyusahkan…’ Datin Red tak buat sebarang tuntutan, sempat bermaafan sebelum cerai, Datuk Red kini menduda

BEKAS suami Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red melafazkan…

10 hours ago

‘Munaa Bella kongsi gelagat wanita ini cari sisa makanan di tempat sampah bikin sebak. ‘Teresak-esak kakak tu menangis’

'Munaa Bella kongsi gelagat wanita ini cari sisa makanan di tempat sampah bikin sebak. 'Teresak-esak…

10 hours ago