MISTERI penemuan mayat kanak-kanak perempuan di Sand Creek, Amerika Syarikat yang pernah menggemparkan penduduk setempat pada tahun 1960 sehingga kini masih menjadi perbualan ramai.

Mana tidaknya, hanya selepas 62 tahun, barulah identiti mangsa yang dikenali dengan nama Little Miss Nobody didedahkan pihak polis.

Kehebatan teknologi forensik dan DNA masa kini membantu pihak berkuasa mengenal pasti profil mangsa yang rupa-rupanya ialah seorang mangsa culik, Sharon Lee Gallegos.

mayat kanak-kanak perempuan selepas 62 tahun

Walaupun sudah lebih enam dekad kes tersebut, namun atas keprihatinan pihak polis, kes berkenaan berjaya diselesaikan.

Lapor independent.co.uk, mayat mangsa yang ditemui ditanam lebih dua minggu di kawasan padang pasir disahkan kanak-kanak yang diculik di New Mexico.

mayat kanak-kanak perempuan selepas 62 tahun

Ketika kejadian penculikan tersebut berlaku, mangsa dianggarkan berusia tiga hingga empat tahun.

Menurut laporan pihak polis, kematian kanak-kanak malang berkenaan disahkan sebagai kes bunuh selepas siasatan mendapati terdapat kesan tapak kasut lelaki dewasa di lokasi kejadian.

Baca juga Kanak-kanak diculik keluarga sendiri selepas hilang hak penjagaan, disorok di ruang sempit bawah tangga

mayat kanak-kanak perempuan selepas 62 tahun

Sebenarnya, mayat Sharon sudah dikebumikan di kawasan Presscott, namun pihak berkuasa mengarahkan kubur mangsa digali semula pada tahun 2018.

Ini kerana polis mahu menganalisis DNA di sebuah makmal yang berpangkalan di Texas.

Baca juga Dijumpai sedang tunggu pak cik beli aiskrim, ini kronologi 6 jam anak hilang diculik

Hal itu memandangkan pada waktu kejadian, ujian DNA tersebut dikatakan masih belum maju sehingga gagal mengenal pasti identiti mangsa yang sebenar.

mayat kanak-kanak perempuan selepas 62 tahun

Bagi membantu siasatan, keluarga Sharon juga memberi kerjasama menyerahkan sampel DNA untuk diuji padan.

Laporan makmal mengesahkan bahawa mayat kanak-kanak itu sebenarnya memang Sharon yang berusia empat tahun ketika diculik dan dibunuh.

SUSPEK GAGAL DIKESAN

Memetik laporan portal itu lagi, kes penculikan yang dipetik menerusi The Charley Project mendedahkan, mangsa dikatakan diculik dari belakang rumah nenek pada 21 Julai 1960 di Alamogordo, New Mexico.

Iklan

mayat kanak-kanak perempuan selepas 62 tahun

Ketika kejadian, Sharon bersama dua kawannya sedang bermain, sebelum didatangi sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dan seorang lagi wanita yang berada di dalam kenderaan yang sama.

Kedua-dua suspek menawarkan gula-gula dan pakaian kepada Sharon sebagai umpan untuk masuk ke dalam kereta.

Baca juga [VIDEO] Seramnya, kanak-kanak 11 tahun jadi sasaran culik, rupanya sudah diintip lama pedofilia

mayat kanak-kanak perempuan selepas 62 tahun

Meskipun mangsa menolak, suspek kemudian bertindak ganas dengan mengheret budak perempuan itu sebelum melarikan diri.

Iklan

Sehingga kini, suspek masih gagal dikesan pihak polis. Agaknya, mereka sudah terlalu tua atau telah meninggal dunia. Mungkin…

mayat kanak-kanak perempuan selepas 62 tahun

Dalam kes berkenaan, sebenarnya terdapat saksi memberitahu polis bahawa suspek pernah bertanyakan mengenai Sharon, nama ibu dan rumah mangsa.

Boleh jadi kes penculikan terancang, namun malangnya mangsa dibunuh tanpa berperikemanusiaan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Moga insiden seperti itu memberi iktibar khususnya kepada ibu bapa yang memiliki anak kecil supaya lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Banyak kes membabitkan kes penculikan kanak-kanak, justeru semua perlu mengambil inisiatif proaktif melindungi insan tersayang. #kitajagakita #kitalaluibersama