Suami sanggup gali kembali kubur isteri. Rupa-rupanya ini sebab kenapa beliau berani berbuat demikian…

TIDAK semua orang mampu menerima kehilangan insan tersayang dengan hati terbuka.

Apatah lagi, pemergian isteri atau anak waima ibu bapa sekali pun dalam sekelip mata sudah cukup meninggalkan kesan mendalam.

Tidak kurang juga terdapat ahli keluarga mengalami kemurungan dan berdepan masalah mental disebabkan kematian yang berlaku secara tiba-tiba.

Seperti insiden yang berlaku di Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia baru-baru ini bukan sahaja telah menggemparkan penduduk tempatan, malah seluruh penghuni di republik itu.

Iklan
Iklan

Ceritanya bermula apabila seorang warga emas masih belum dapat menerima hakikat kehilangan isterinya.

Impaknya, lelaki berusia 65 tahun itu dikenali sebagai Robyek sanggup menggali semula kubur isterinya yang sudah meninggal dunia lebih 25 hari!

Lapor tribunnews.com, Robyek dikatakan sangat gigih menggali kubur sedalam 80 sentimeter.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki berkenaan dilihat dengan bersungguh mengorek kembali kawasan perkuburan isterinya seorang diri.

Itu semua gara-gara percaya isterinya masih boleh diselamatkan jika dibawa ke hospital.

Nasib baiklah perbuatan peliknya disedari penduduk setempat yang melalui kawasan tersebut dan kemudian menghalangnya dengan memanggil pihak polis.

Baca juga [VIDEO] Gara-gara rindu, lelaki gali semula kubur arwah isteri

Rupa-rupanya, bukan sekali cubaan untuk menggali kubur tersebut dilakukan, Robyek juga pernah berbuat demikian ketika jasad isteri dikebumikan tidak sampai tempoh seminggu.

Beliau ‘hadir’ ke pusara tersebut dengan kelengkapan seperti tikar dan troli untuk mengangkut mayat.

Namun, cubaannya berjaya dihentikan orang kampung.

Tidak mahu kejadian sama berulang, warga emas itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mungkin disebabkan terlalu sayang, lelaki tua itu tidak dapat menerima hakikat kehilangan isteri tersayang pada usia senja.

Baca juga Gali kubur sembunyikan mayat isteri dalam rumah hanya kerana mintak RM50. Apa jadi selepas tu mengejutkan….

Mengenai bisikan yang mengatakan arwah masih hidup, ketua kampung di penempatan lelaki itu yang dikenali sebagai Supriyadi berkata, perilaku berkenaan mungkin didorong dengan gangguan jiwa yang dialami membuatkan Robyek bertindak di luar kebiasaan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Apa-apapun sebagai umat Islam yang beriman, kita kena reda dengan pemergian orang tersayang walau macam mana sayangnya kita kepada mereka.

Ketahuilah, bahawa perpisahan ini hanya sementara, di akhirat nanti pasti akan ketemu jua. Jadi, bersabarlah kerana ia merupakan sebahagian daripada iman. #kitajagakita #kitalaluibersama

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Recent Posts

‘Awak lah dalam perut saya, 9 tahun kami tunggu.’ Pelakon Toq kini bergelar ayah, timang anak lelaki

SEMBILAN tahun menanti penuh sabar untuk menimang cahaya mata, pelakom elakon, Toq 40, erkongsi berita…

2 hours ago

Kanser ovari ‘pembunuh senyap’ wanita! Kenali gejala awal, rawatan komprehensif dan sokongan psikososial

KANSER ovari merupakan sejenis kanser yang bermula dalam ovari atau kilang telur wanita dan sering…

8 hours ago

Hujan lebat di Kuala Lumpur, pokok besar tumbang ragut satu nyawa, seorang cedera. 5 info perlu tahu

TIADA ribut, hanya hujan yang turun namun sebatang pokok bersaiz besar berdekatan Jalan Sultan Ismail,…

8 hours ago

Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah kini hamil cahaya mata ketujuh

PELAKON Ayu Raudhah mendedahkan beliau kini sedang hamil anak ketujuh. Perkara itu dikongsikan oleh kakaknya,…

11 hours ago

‘Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak

[DIKEMAS KINI] PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim yang disimbah asid oleh orang…

12 hours ago

‘Anugerah impian setiap pelakon tapi kualiti lakonan, beri terbaik kepada penonton fokus utama saya.’ – Mimi Lana

  ANUGERAH membawa kepada pencapaian dan pengiktirafan untuk kerja keras yang dilakukan oleh setiap insan…

13 hours ago