WANITA hamil yang bekerja akan diberikan cuti bersalin selepas melahirkan cahaya mata. Sudah menjadi kebiasaan bagi majikan memperuntukkan cuti bersalin buat kakitangan wanita dengan bergaji penuh.

Namun malang nasib bagi wanita di Utara Lanarkshire, United Kingdom yang dibuang kerja selepas cuti bersalin gara-gara hamil dalam tempoh cuti berkenaan.

Wanita berkenaan, Siobhan Black sedang dalam cuti bersalin berikutan kelahiran bayi pertamanya apabila dia memberitahu majikannya, Evelyn Drain bahawa dia mengandung lagi.

Majikannya itu bersetuju Black akan kembali bekerja di sebuah salun rambut di North Lanarkshire pada April 2021.

Bagaimanapun pada hari pertama selepas kembali kerja, perkhidmatan wanita tersebut telah diberhentikan. Ia adalah empat hari selepas wanita itu memberitahu status kehamilannya.

Baca juga: Boleh cuti bersalin setahun, 5 bulan bergaji penuh, perkongsian Dr Amalina buat warganet cemburu

Baca juga: [VIDEO] Anak keempat baru setahun tapi dah mengandung 9 bulan, wanita Indonesia ini tak makan pil perancang, ini risiko hamil dekat-dekat

Kredit foto: Pexels by Pixabay

Drain mendakwa beliau membuat keputusan memberhentikan wanita itu dibuat atas sebab-sebab berkaitan perniagaan.

Bagaimanapun pihak tribunal pekerja mendapati Black telah didiskriminasi kerana mengandung dan memberikan pampasan kepadanya.

Tribunal berkenaan berkata Black tertekan dan kecewa dengan pemecatannya secara tiba-tiba panik dan bimbang akan nasib anak-anaknya.

Beliau tidak dapat bekerja sejak diberhentikan dan percaya tekanan kehilangan pekerjaan  mencetuskan epilepsi yang dialaminya.

Difahamkan, Black hamil anak pertamanya pada tahun 2020 dan ketika itu majikannya telah mengurangkan tempoh jam bekerja kerana perniagaan kurang memberangsangkan susulan Covid-19.

Para pekerja ketika itu telah bersetuju untuk bekerja secara fleksibel bergantung kepada kerja yang ada.

Baca juga: Muat naik video wanita, isteri bersalin di media sosial, ini penjelasan mufti

Kredit foto: Pexels (cottonbro)

Black telah bercuti bersalin dari Julai 2020 hingga April 2021 namun dalam tempoh itu beliau telah hamil anak kedua.

Sementara itu, majikannya memberikan alasan bahawa pemecatan ibu tunggal itu disebabkan perniagaannya kurang mendapat keuntungan.

“Beliau tidak dapat membuktikan dan meyakinkan pihak mahkamah berdasarkan inferens yang diberikan berhubung pemecatan kakitangannya yang sedang mengandung.

“Dalam kes ini, tuntutan yang dilakukan oleh wanita itu adalah logik,” kata Hakim Pekerjaan, James Hendry.

Pendandan rambut  itu telah memenangi tuntutannya dan akan menerima wang pampasan sebanyak £7,500 (RM39,131.37) selepas diarahkan Hakim.

Baca juga: Cuti bersalin 98 hari, paterniti 7 hari, waktu kerja 45 jam seminggu ditangguh, 9 info berkaitan

ANEKDOT

Berikut 10 buah negara yang menawarkan cuti bersalin terpanjang menurut World Population Review:

Bulgaria – 58.6 minggu

Iklan

Greece – 43 minggu

United Kingdom – 39 minggu

Slovakia – 34 minggu

Croatia – 30 minggu

Chile – 30 minggu

Republik Czech – 28 minggu

Ireland – 26 minggu

Iklan

Hungary – 24 minggu

New Zealand – 22 minggu

Baca juga: Suami tampal nota maaf memandu perlahan bawa isteri baru bersalin czer buat ramai terharu

Sumber: Mirror UK, World Population Review

Kredit foto utama: Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.