Wanita jumpa kucing kesayangan selepas 10 tahun hilang. Ini tip untuk cari si bulus kalau ‘MIA’

HILANG kucing ibarat mimpi buruk buat pemiliknya lebih-lebih lagi kehilangan itu mencecah lebih 10 tahun lamanya.

Tak dinafikan, bukan senang nak mencari si bulus kalau missing in action (MIA).

Kalau bernasib baik, ‘mereka’ boleh ditemui dalam keadaan selamat.

Namun, kalau berlaku sebaliknya, tidak tahu apa yang terjadi pada haiwan peliharaan kita. Memang risau dibuatnya!

Di United Kingdom, berlaku kisah yang luar biasa apabila tuannya menemui semula kucing kesayangannya selepas 10 tahun haiwan itu hilang!

Iklan
Iklan

Lebih mengejutkan, haiwan berkenaan dijumpai 450 kilometer jauhnya dari rumahnya.

sumber foto CANVA

Kepada Daily Star, pemiliknya, Dolla Gallacher berkata, kucing kesayangan yang diberi nama Chubbs telah hilang di Dorset pada tahun 2012.

“Saya mengedarkan risalah, meletakkan iklan di akhbar tempatan dan sentiasa mengemas kini laman sosial berkenaan Chubbs,” katanya hampir berputus asa untuk mendapatkan kembali Chubss.

Tanpa disangka-sangka, pada bulan lepas, tiba-tiba beliau mendapat panggilan daripada doktor haiwan di Wigan bahawa kucing British Shorthairnya ditemui dalam keadaan hidup dan masih sihat di Greater Manchester.

“Saya sangat gembira setelah 10 tahun mencari Chubbs,” katanya.

Pertemuan semula itu menyaksikan banyak perubahan yang perlu diterima kucing kesayangannya.

“Bagaimanapun, Chubbs sangat gembira berada di rumah dan berdengkur. Saya rasa dia menyedari bahawa dia berada di tempat yang selamat,” katanya.

Mengimbau kembali bagaimana si bulus itu ditemui, Gallacher berkata, Chubbs dibawa seorang wanita ke klinik haiwan selepas dilihat merayau-rayau di jalan raya di luar sekolah.

Keadaannya ketika itu sangat serabai, penuh kutu dan kelihatan kurus ketika ditemui.

sumber foto CANVA

Membaca kisah Gallacher ini mungkin satu dalam seribu sebab bukan senang nak cari kucing kalau dah hilang. Kalau dah jumpa semula tu memang rezeki.

Okey sebagai tambahan, SinarPlus akan kongsikan beberapa tip untuk anda mencari kucing hilang. Antaranya seperti:

i) Pastikan sudah mencari kucing itu di seluruh ruang dalam rumah.
ii) Cari di rumah jiran terutamanya yang memelihara haiwan juga.
iii) Letakkan kotak yang telah dialas dengan kain di hadapan rumah.
iv) Malam adalah waktu terbaik untuk mencari kucing.
v) Sekiranya baru berpindah rumah, cuba cari di tempat tinggal yang lama.
vi) Buat poster mencari haiwan peliharaan yang hilang dan sebarkan di kawasan sekitar.

Sumber IDNTIMES

Share
Nur Suhaima Nordin

Published by
Nur Suhaima Nordin

Recent Posts

Mengaku anak tidak sah taraf, Myra Natasya dedah Halim Othman tukar nama pada sijil kelahiran tanpa pengetahuan

ANAK gadis bekas penyampai radio dan pengacara popular, Halim Othman iaitu Myra Natasya, 29, mendedahkan…

16 mins ago

Demi kesihatan mental, Bella Hadid berundur dari dunia model, pilih perniagaan wangian

  SUPERMODEL, Bella Hadid memutuskan untuk berundur daripada dunia peragaan dan memulakan kehidupan baharu di…

1 hour ago

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ‘ Walaupun penat, kini kami bersatu semula’

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ' Walaupun penat, kini kami bersatu…

18 hours ago

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

2 days ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

2 days ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

3 days ago