SINOPSIS kasih sayang penyanyi Wany Hasrita terhadap ibunya, Norita Jaafar bak kiasan syurga di bawah telapak kaki ibu. Setiap bakti dan pengorbanan yang dicurahkan, semuanya demi wanita yang dipanggil ibu itu.

Bahkan, selebriti berusia 28 tahun itu sanggup mengenepikan cita-cita bergelar doktor untuk terjun ke bidang nyanyian bagi menyara ibunya.

“Jodoh ibu dan ayah tidak lama. Mereka berpisah tatkala saya menginjak usia 12 tahun. Sejak episod perpisahan itu saya dibesarkan dan tinggal bersama ibu sehingga hari ini.

“Bayangkan betapa akrabnya hubungan kami berdua. Biarpun kadangkala berlaku perbezaan pendapat, tetapi kasih sayang kami tidak pernah pudar. Semakin hari semakin sayang.

“Ibulah sumber inspirasi dan peniup kekuatan agar saya sentiasa berani berdiri di atas kaki sendiri. Walaupun ada masanya saya mengalami ‘kejatuhan‘, namun mood sedih itu tidak lama kerana ibu berada di sisi,“ jelas pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah ketika ditemui SinarPlus pada sesi fotografi di butik villa Azura Couture, Shah Alam, Selangor minggu lalu.

Bicara lanjut, sisi empati beliau semakin sarat apabila ibunya, Norita Jaafar, 49, pada tahun 2016. Mengapa?

Iklan

Jom ikuti perkongsian lanjut beliau bersama SinarPlus dengan melayari E PAPER SINARPLUS terbitan Sinar Harian pada minggu ini.

Iklan
wany hasrita

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya, Anggun Chef Cafe Destinasi Sajian Unik dan Konsep Glamping Jadi Kegilaan