• Monday , 25 May 2020

Flawlessnya… ingatkan kaki perempuan, rupa-rupanya…

May 22, 2020
Farah Eliani

BARU-BARU ini tular satu posting di Twitter @ashhsigigibesi apabila idea konsep shooting yang sangat lucu dikongsinya.

Masakan tidak, beliau berkongsi beberapa gambar ketika dalam proses mengambil gambar jenama kasut wanita.

Lebih lucu, apabila beliau berkongsi perkara sebenar bahawa beliau menggunakan kaki seorang model lelaki yang memakai kasut wanita bagi tujuan promosi.

“Aku pakai kaki lelaki sebab tak nak pakai kaki perempuan. Itu kan aurat.

“Then, edit bagi lagi flawless macam kaki perempuan,” tulisnya.

Jarang-jarang sekali kita ketahui kisah benar sebegitu kan?

‘Kisah lucu’ itu terus tular di Facebook pula apabila ia dikongsi oleh Mohd Nor Amin Zainuddin sehingga mendapat 3.7 ribu share.

“Pernah tak kita terfikir macam ni.

“Nampak remeh tapi besar dosanya jika aurat wanita terdedah dan menjadi setiap tatapan customer kita.

“You are a great seller! Tabik!,” tulis di Facebooknya.

Dalam pada itu, netizen turut berkongsi ‘kelucuan’ berkenaan.

Berikut antara komen-komen mereka.

“Kalau la buyer nampak real modelllllll.. hahahahahahaha.. haru tak beli laaaaa,”.

“Hahaha..ni lah sebab ramai laki terpedaya…,”.

“Bagusnyaaaaaaaaaaaaaa… tp struggle is real tgok model pose,”.

Sumber: Facebook Mohd Nor Amin Zainuddin

Komen

About Farah Eliani

Biodata Penulis