NAMPAK pemandu di jalan raya memakai topeng muka, korang mungkin tertanya-tanya apakah betul tindakan tersebut kan?

Sebenarnya, tak perlu pun pakai pelitup muka di dalam kereta jika tiada orang lain bersama korang.

Begitu juga sekiranya melancong sendiri, korang juga tidak perlu memakainya.

Mudah sangat untuk tahu…

Berpegang kepada konsep rumah tempat paling selamat, korang hanya perlu memakai pelitup muka jika ada orang lain yang bukan tinggal serumah dengan korang. Lebih-lebih lagi jika berhadapan dengan individu yang bergejala seperti batuk dan selesema.

Dalam situasi yang sama, korang juga digalakkan untuk tidak mengguna penyaman udara dengan mode kitaran udara dalam kereta (recirculation) atau boleh saja buka tingkap kereta.

Mungkin cadangan itu kurang bagus kerana cuaca panas dan berdebu sekarang kan?

Namun begitu, bagi mengelak korang kerap menyentuh pelitup muka kerana kemungkinan telah dicemari kuman, jadi lebih baik pakai sahaja pelitup muka tersebut walaupun ada orang lain yang ‘memandang pelik’ kepada korang.

Ia lebih baik daripada buka, pakai dan buka lagi.

Selain itu, korang kena tahu juga, memakai pelitup muka ketika memandu juga boleh menjejaskan tumpuan pemanduan.

Iklan

Masakan tidak, memakainya terlalu lama menyebabkan rasa tidak selesa kerana pernafasan tersekat-sekat dan penglihatan pun terjejas. Betul tak?

Masalah itu mungkin timbul bagi sesetengah orang sahaja.

Jadi, pakailah pelitup separuh muka yang selamat dan buat korang rasa selesa. Ingat, sentiasalah utamakan keselamatan di mana jua korang berada.

Iklan

Sumber: blogs.webmd.com